Social Icons

Sabtu, 29 Ogos 2009

Khawatir dijalan hidupku

Asslammualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian..penulisan saya kali ini ialah berkaitan dengan Khawatir seperti yang saya nyatakan diatas..khawatir ialah sesuatu yang terlintas di fikiran..

Tulisan kali ini terbit hasil pemerhatian, penglihatan, pemikiran atau ape2 je lah yang patut, ianya nasihat untuk diri ini dan untuk bacaan orang lain..kdg2 mgkn juga menjdi nasihat kepada orang lain..

Nasihat atau khawatir pada kali ini terbit hasil dari pemerhatian kepada beberapa pelajar-pelajar universiti yang berjalan2 pulang dari kuliah masing2..

Terdetik di hati ini, inilah rutin harianku..dan rutin orang lain..tidak kira sama ada pelajar, pekerja, pesara, atau apa2 jua bidang..seseorang itu mesti mempunyai rutin hariannya..rutin harian yang saya maksudkan pula ialah saya bahagikan kepada dua..

Yang pertama : rutin harian dalam kehidupan seharian kita dalam apa jua bidang kita berada..
Yang kedua : rutin harian kita sebagai hamba kepada Maha Pencipta kita..

Saya yakin setiap dari kita mesti mempunyai ruitn hariannya..bagi pelajar..bangun tidur solat subuh, bersiap ke sekolah ataupun kuliah, dan begitu juga bagi doktor, mahupun sesiapa sahaja..

Apa yang ingin sentuh pada kali ini ialah rutin harian kita dengan Allah s.w.t sebagai seorang hamba kepada Maha penciptanya..adakah kita akan berterusan begitu sahaja berutinkan harian kita sahaja tanpa ada peningkatan dalam Ibadah kita..

Itu yang saya tertanya diri sendiri..apabila khawatir tersebut terlintas dalam minda saya..saya yakin mesti semua daripada kita ada azam untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan ibadah seharian kita dari semasa ke semasa..

Bagaimanakah ia?

Jawapan yang saya cari setakat ini ialah jika ingin meningkatkan amalan ibadah seharian kta kepada Allah ialah banyak mencari Ilmu dan mengamalkannya..kerana dengan ilmulah Allah mengangkat darjat seorang hamba..dan amat berbeza sekali darjat mereka yang berilmu dan tidak berilmu..junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda : ( belajarlah apa yang ingin kamu pelajari..tetapi ingat kamu tidak akan diberi ganjaran kecuali setelah kamu mengamalkannya..)

Saya maksudkan ilmu di sini ialah ilmu akhirat..yang membawa kita kepada mengingati Allah..saya tidak bermaksud untuk kita mengetepikan ilmu2 dunia..tetapi kita harus tidak berhenti dalam mencari ilmu akhirat..kita harus meningkatkan diri kita dari satu tahap kesatu tahap hinggalah sampai ke tahap paling tinggi iaitu golongan yang Allah Reda pada kita dan kita meredainya..waalahuaalam..

Inilah yang terkintas di minda saya siang hari tadi..harap ianya menjadi nasihat untuk diri saya dan sahabat2 sekalian...ameen

updater....

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...