Social Icons

Selasa, 6 Julai 2010

Kemanakan Kita Nantinya......??

Assalamualaikum....
Allhamdulillah hi Rabbil 'Almin wassalatuwassalamu'ala Asyrafil Anbiya' wal Mursalin Wa 'Ala alihi wa sahbihi ajma'in.

Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan, buat Sang Maha Pencipta AllahRabbul Izzati...Limpahan cinta dan kasih suci buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
tidak ada yang mampu mengatasi jika Dia telah mengatakan " Kun Fa Yakun ".


Sepanjang pembacaan saya banyak perkara baru yang telah saya temui tapi, tiak adil rasanya jika saya tidak mampu untuk berkongsi sesuatu yang baru dengan kalian yang lain,makanya pada saat dan ketika ini saya membentangkan hal dan perihal yang saya rasakan semua orang perlu lebih tahu bagi yang sudah tahu dan tahu bagi yang belum tahu.
mudah-mudahan ilmu yang diperolehi dapat disebarkan untuk kita sama2 kita ambil manfaat darinya.


Justify Full
mempersembahkan.........


Seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada saya; “Dr! adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?”. Saya beritahu kepadanya: “Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka. Ini adalah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Menciptakan neraka. Di akhirat neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan ALLAH sebagai ahli neraka. Demikian juga syurga. Namun ALLAH memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firmanNya (bermaksud) : “adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).

Adapun saya yang daif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri saya tidak tahu, bagaimana mungkin saya boleh tahu nasib orang lain?!! Namun jika saudari bertanya saya, adakah perbuatan saudari salah atau betul? Tentu jawapannya: ia satu kesalahan. Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka? Maka jawapan “dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan ke neraka”. Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab sahaja. Ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan keburukan.


Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim-. Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya.

Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga. Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya. Demikianlah semua insan. Padanya ada baik dan buruk. Amalan kita akan ditimbang di akhirat kelak”. Wanita itu diam, barangkali dia berpuas hati.

Mesej saya adalah hendaklah melihat setiap insan menerusi kerangka Islam yang menyeluruh, bukan sekadar sentimen ekonomi atau politik. justeru kita akan lebih adil dalam menilai dan menghukum. Janganlah kebencian kita kepada seseorang atau puak dalam satu perkara, menyebabkan kita tidak adil kepadanya dalam perkara-perkara yang lain.


Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 8:

(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

*Ini just sebahagian daripada artikel dr asri..untuk membaca keseluruhan artikelnya, klik link ini; http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=16

Rabu, 30 Jun 2010

politk dan peranan anda..

bismillahirramanirrahim..alhamdulillah wasallatu wassalamu ala rasulillah..

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah exam kat Mesir ni rata2 semua dah habis..pelajar2 kat mesir ada yang sibuk berjalan sana dan sini, balik Malaysia, start kelas2 talaqi di masjid Azhar dan sebagainya..

kali ni saya ingin kongsikan tentang politik sikit..sebelum tu saya suka utk menerangkan yang politik adalah salah satu bahagian yang Islam pentingkan tetapi bukanlah segala2nya dalam Islam..so..saya suka kaji politik tapi saya rasa belum masa utk saya masuk politik di suasana umat Islam yang tenggelam di arus dunia..ni mungkin pendapat peribadi..anda boleh setuju dengan saya dan boleh tidak setuju dan juga boleh bincang dengan saya kalau ingin tahu lebih lanjut tentang pendapat saya ini..

politik dunia Islam hari ini hambar dengan diamnya kuasa2 umat Islam utk mempertahankan nama Islam di merata dunia..umat islam pada hari ini di tindas di, di, macam2 saya tak perlu sebut rasanya semua orang arif tentang perkara ini..yang menjadi tanda soal sampai bila umat Islam akan menjadi sebegini..?

ada yang menjawab mengatakan yang memerintah sekarang ini bukanlah orang Islam yang sebetul2nya Islam..oleh itu politiknya didirikan atas dasar memisahkan agama dari dunia dan ramai yang menjawab terdiri atas asas ini..jawapan tersebut ada betulnya..

tapi yang menjadi tanda soal kenapa mereka yang bergelar betul2 Islam tidak boleh memerintah? ada yang menjawab pilihan raya di jalankan atas dasar penipuan dan sebagainya..namun, soalan ini memerlukan pengkajian dan pemerhatian yang mendalam..saya tak berniat nak menjelaskan perkara tersebut di sini..tapi mungkin anda boleh berbincang dan bertukar pendapat dengan saya..saya alu2kan perbincangan..mungkin post2 yang seterusnya saya akan cuba menulis tentang itu walaupun ianya agak berat memerlukan pengkajian sirah Rasulullah dan sebagainya..

kali ini sekadar saya ingin kongsikan dari sudut amalinya apa yang kita boleh lakukan utk perjuangkan Islam walau kita x dapat nak menakluki pemerintahan dan menyumbang utk Islam dari sudut ketenteraan dan sebagainya..

antara yang kita boleh sumbangkan ialah..

1. tingkatkan potensi diri walau di bidang apa yang anda ceburi..saya pelik dengan sebahagian rakan saya yang tak ingin belajar tinggi2 hanya cukup sekadar peringkat diploma atau ijazah..jikalau anda mampu maka anda perlu teruskan..sebenarnya umat Islam hari ini memerlukan mereka yang berjiwa besar dan berwawasan dan bermatlamat yang tinggi..teringat kata2 seorang pejuang Hamas yang sudah Mati syahid :

الاسلام عظيم لا يحمله الا العظماء فكن من العظماء

maksudnya Islam itu agung dan tidak boleh memikulnya kecuali mereka yang agung ( berjiwa besar dan sebagainya sifat mereka yang agung ) maka jadilah kamu di kalangan mereka yang agung..

2. mendirikan Islam di dalam diri kamu nescaya akan tertegaknya Islam di negara kamu..kata2 seorang mujahid yang pemikirannya adalah jika kamu ingin mebangunkan Islam kembali kamu dahulu perlu mendirikan Islam dalam diri kamu..seterusnya orang sekeliling akan terkesan dan jika semua orang yang memahami Islam mengamalakan Islam yang betul dalam diri mereka dalam kalangan keluarga mereka nescaya Islam akan bangun suatu hari nanti..

3. menbentuk diri supaya tidak cinta dunia dan takut utk mati..dua wabak ini disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis menceritakan keadaan umat akhir zaman yang ramai akhirnya dilanda penyakit ini..

4. menghidupkan masjid di kawasan rumah anda. semua boleh menghidupkan masjid di kawasan rumahnya..kalau tak mampu utk ajak orang lain anda sendiri pergi ke Masjid pada setiap waktu utk mendirikan solat..ini kerana, zaman Rasulullah s.a.w masjid2 akan penuh dengan manusia tanda manusia mengingati Allah berbeza dengan kita hari ini..

5. menyebarkan tentang tanggungjawab umat Islam pada hari ini yang dilupakan daripada tanggungjawab manusia dengan tuhannya dan juga antara sesama muslim yang bersaudara yang menuntut seorang itu beribadat dan menyerah diri kepada Allah dan juga membantu dan menolong umat Islam yang di zalimi..

6. banyakkan berdoa.. sebab doa itu ialah senjata mukmin..

7. boikot barangan2 amerika dan israel dan meninggalkannya sama sekali..

8. menyertai mana2 kumpulan yang ingin menhidupkan Islam dan jangan berdiam diri dan seorang diri..

dan lain2 banyak lagi yang kita boleh laksanakan sebagai individu Muslim..kalau diperhatikan jikalau semua orang melaksanakan perkara2 yang di atas sebenarnya kita telah banyak membantu Islam dan muslimin di dunia..cumanya perlukan kita beramal dan melakukannya dengan seikhlas hati..selamat beramal dengan 8 perkara di atas yang saya cuba kongsikan bukan terkumpul kepada 8 tetapi banyak lagi..

dan yang pentingnya umat Islam hari ini memerlukan anda yang berjiwa besar.......

catatan : ikram
mood : lepas exam..

Amru al Ass..

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah wasslamu ala rasulillah..

khawatir imaniyyah kali ini.. saya kongsikan tentang satu hadis yang muqarrar pada saya tahun ni dam subjek Hadis tahlili..saya tak ingin menceritakan tentang semua hadis tersebut..saya cuma akan ambik beberapa point utk dikongsikan bersama..

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam muslim r.a..menceritakan tentang kepentingan haji..tapi bukan tentang kepentingan haji tu saya ingin kongsikan..tapi berkaitan dengan kematian..

Hadis ini menceritakan hujung2 kehidupan seorang sahabat yang mulia yang banyak berjasa kepada Islam iaitu Amru Ibn Al Ass..

Ketika sampai masa akhir kehidupan beliau..beliau menangis..dan begitulah para sahabat apabila tiba saat tiba kematian mereka akan menangis..tapi bukanlah kerana sedih meninggalkan dunia..Amru ibn al Ass di Tanya oleh anaknya Abdullah ibn Amru kenapa dikau menangis wahai ayah..bukankah Rasulullah telah menjanjikan syurga buatmu..

Amru ibn al Ass menjawab : aku telah melalui 3 keadaan dalam hidupku ini..

Pertama : ketika aku masih belum memeluk islam..pada masa itu aku paling benci kepada Rasulullah dan aku berharap aku dapat membunuhnya..jikalau aku mati dalam keadaan itu..maka nerakalah bagiku

Kedua : seterusnya aku diberi hidayah dan memeluk islam maka Rasulullah orang yang paling aku sayangi dan cintai..aku sangat berharap dapat mati dalam keadaan itu maka aku berharap aku salah seorang dari ahli syurga..

Ketiga : sekrang ini aku berada di beri pemerintahan di sana dan disini aku tidak tahu apakah keadaannya ketika ini..jikalau aku mati maka tanamlah aku seperti manusia yang lain..

Pengajaran..

- Amru Ibn al ass seorang sahabat yang banyak berjasa terhadapa Islam di saat2 akhir kematian beliau takut akan kematian tersebut dan api neraka Allah..

- Amru Ibn Al Ass menunjukkan contoh yang baik dalam bermuhasabah diri..

- Kita patut bersyukur jilakau masih berada dalam ketaatan dan perlulah kembali jikalau berada dalam kemaksiatan kerana mati itu dating bila2 masa sahaja..klau kita mati dalam keadaan ketaatan kepada Allah maka bergembiralah..

- Jikalau kita berada dalam ketaatan kepada Allah..bencilah utk kembali kepada keadaan dahulunya setelah Allah memberi hidayah kepada kita dan kita dapat kembali..

- Jangan sesekali cuba mencari balik zaman di mana kita berada dalam kemaksiatan kepada Allah..sedarlah Allah telah selamatkan kita dari itu..

- Saya melihat ada orang yang Allah telah selamatkan dia kemaksiatan lalu dia ingin juga kembali ke keadaan tersebut..

- Mohon ampun terhadap dosa2 lalu..

- Janganlah kita sesekali merasa aman daripada siksaan Allah s.w.t walau seketika..segeralah bertaubat dan mohon ampun..

Mungkin itu beberapa pengajaran dari hadis tadi..yang penting sama2 kita amalkan..paling kurang kita muhasabah diri kita di manakah keadaan kita sekarang ini..klau dalam kemaksiatan maka sampailah masanya utk kita kembali..
Dan janganlah sesekali mengimpikan utk kembali kepada kemaksiatan setelah Allah selamatkan kita daripadanya..

Semoga bermanfaat..

Ahad, 13 Jun 2010

Risalah Rejab

Risalah awal rajab..kepada seluruh kaum muslimin..
Bismillahirrahmanirrahim..alhadmuliilah wassalatu wassalamua ala rasulillah wa ala alihi wa sahbihi waman walah..
Hari ini tiba lagi bulan rejab..setelah 21 tahun dalam hidup ini terasa ingin menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Banyak peluang dilepaskan pada tahun2 yg lalu. Tahun ini azam baru diikuti niat yg baru utk mempertingkatkan lagi bulan ramadhan tahun ini..
Kenapa saya menyebut tentang rajab. Sebab pada bulan rajab Rasulullah s.a.w sentiasa menyuruh kita berdoa
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Maksdunya : ya Allah berkatilah kami dalam bulan rajab dan syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.
Marilah sama2 kita memohon supaya ditemukan dengan dengan bulan Ramadahn al Mubarak. Bulan yg Allah khususkan kepada umat Muhammad s.a.w supaya mereka kembali kepada tuhan mereka selepas setahun bergelomang dengan pelbagai maksiat itu dan ini.
Madrasah ramadhan memerlukan kepada penyediaan utknya sebagaimana kita bersedia pada awal tahun utk ke sekolah dengan baju sekolah, kasut beg dan sebagainya. Persediaan kepada Ramadahan perlu bermula awal supaya kita boleh mendapat pahala atau pangkat yang tinggi setelah Ramadhan berlalu pergi..oleh itu tersebut dalam riwayat bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada bulan Rajab dan Syaaban. Ianya sebagai persediaan utk menghadapi Ramadhan. Apabila tiba Ramadhan janganlah kita baru bermula utk menolak gear satu..tapi kita sudah mula bergerak dengan gear 3 supaya di hujung ramadhan nanti kita mampu sampai ke gear yang ke lima dan yang paling tinggi..
Ramadhan adalah peluang Allah kepada kita. Kalau Allah terus menyiksa kaum2 dulu apabila mereka melakukan kezaliman dan kefasadan maka umat Muhammad di tangguh azabnya. Maka Anggapalh penangguhan azab tersebut dengan Allah memberikan kepada kita melalui Ramadan dan dapat berpuasa padanya supaya kita dapat kembali kepada Allah kembali. Dan ingatlah jika Allah mengazab maka azabnya amatlah pedih.
Maka saya menyeru diri saya dan semua pembaca supaya kita mengambil niat dan azam yang baru utk Ramadhan tahun ini. Dan bersedia bermula dari bulan Rajab ini. Dengan penuh penyerahan diri keinsafan dan tawadhuk kepada Allah.
Apa yang saya cadangkan supaya ianya tidak menjadi kalam teorai semata2 :
1. berpuasa paling kurang seminggu sekali Isnin atau khamis sapa yang menambah maka utk dirinya.
2. Solat tahajjud seminggu sekali pada bulan rejab ini.
3. Bermula utk membaca alquran sejuzu’ sehari dan sentiasa tingkatkan setiap seminggu.
4. Setiap hari bersedekah walau 25 sen.
5. Menjaga solat jamaah di masjid.
6. Menjaga solat sunat rawatib.
7. Beriadhah utk menjaga stamina badan.
8. Cuba mengurangkan pemakanan sedikit demi sedikit.
Dan lain2 lagi kebaikan dan ketaatan yang kita boleh lakukan. Dan sentiasalah mengajak rakan2 dan teman2 utk bersama2 kerana siapa yang menunjukkan satu kebaikan itu solah2 ia melakukannya.
Wahai saudaraku sekalian..apa yang kita inginkan ialah kita masuk syurga Allah bersama2 dengan amal taat kepada Allah s.w.t. dan ramadhan merupakan peluang yang terlalu besar kepada kita. Marilah kita bersedia utknya dari sekarang awal rajab.
Akhir kalam..semoga Allah sampaikan kita kpd bulan Ramadhan almubarak dan lalilatulqadr..aminn ya rabb..
Catatan : ikram..
Mood :happy Ramadhan..

Jumaat, 11 Jun 2010

kematian satu peringatan..

Bismillahirahmanirrahaim..alhamdulillah..wassalatu wassalamu ala rasulillah..waala alihi wasahbihi waman walah..
Asslamualaikum dan selamat semua..
Ada sahabat saya saif tulis dekat facebook yang hari ini merupakan ulang tahun kajadian ain sukhnah. Seorang di kalangan mereka telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian itu menemui Rabbul alamin. Dan pada hujungnya dia tulis..jadikanlah kematian itu sebagai peringatan..
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut :
كفى بالموت ذكرا
Maksdunya : cukuplah kematian itu sebagai peringatan.
Hadis yang cukup2 mendidik manusia dalam hanya 3 perkataan. Kelangsungan daripada hadis tersebut seribu suatu pengajaran. Tapi adakah mereka yang ingin mengambil pengajran tersebut?
Baru2 ini saya mendengar ceramah oleh ust amru Khalid. Dia menyebut tentang kematian2 yang mudah yang kita semua berharap utk menjadi sepertinya.
Antara contoh kematian2 tersebut ialah kisah kematian sahabat aljalil Bilal ibn rabah alhabasyi. Ketika saat baginda nazak dan sudah tidak terdaya menuggu kematian. Isterinya menangis dengan penuh kesedihan atas keadaannya itu. Lalu bilal menjawab : jgn lah menangis. Tapi gembiralah dengan sepenuh hati lalu dia berkata :
غدا ألقى الأحبة محمدا وصحبه
Mksdunya : besok aku akan berjumpa dgn mereka yang aku cintai. Muhammad dan para sahabatnya.
Dan satu contoh lagi daripada kisah2 sahabat x ingat nama sahabat tersebut tapi kisahnya ketika saat2 kematian dan tgh nazak dia menangis. Lalu hadirin di sekeliling pon berkata jgnlah dikau menangis. Lalu dia menjawab : aku bukan menangis keranan sedih utk meniggalkan dunia ini. Tapi sedih kerana akan meniggalkan solat malam dan membaca al quran.
Jawapan yang amat membuat hati sesiapa sahaja yang beriman tersentak menangis dan tidak mampu di hadapannya. Dan kisah2 para2 ulama yang meniggal dalam keadaan sedang bersujud iaitu abdul hamid kisyk rahimahullah seorang khatib dan daie besar di mesir yang sentiasa memperjuangkan hak dan menjatuhkan yang batil.
Benak hati ini sentiasa tersentak dgn kisah2 kematian yg seperti ini. Terasa sangat2 jauh dengan mereka apatah lagi ingin mati seperti mereka. Dalam keadaan tenang dan damai. Perjuangan yang mengandungi seribu satu maksud yang tersirat. Semuanya d serahkan kepada Allah tanpa ada secebis daging yang memikirkan selain reda Allah s.w.t..
Semoga Allah merahmati mereka sekalian. Sebuah hadis lagi yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w seorang arab badawi bertanya bilakah berlakunya hari kiamat dan keadaan hari kiamat. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab. Janganlah bertanya tentang bila dari kiamat dan sebagainya. Tapi tanyalah dirimu apa yang kamu sediakan utk menghadapinya.
Semoga Allah mengubati hati2 yang keras ini dan mengembalikannya kepada tuhannya..aminn ya rabb..
Catat oleh ikram..
Mood : sedih..huhu..

Rasulullah..contoh khayalan atau hakiki


bismillah..alhadmulillah..wassalatu wassalamu ala rasuluillah..waala alihi wasahbihi waman walah..

Assalamualaikum dan semoga di berkati Allah sentiasa..


penulisan kali ini terhasil dari pembacaan kepada sebuah buku..qabasat haularrasul yg saya terjemahkan sebagai cetusan2 sepanjang perjalan Arrasul..di karang oleh ustaz muhammad abg kepada ust sayyid..dalam muqaddimah beliau yg panjang..beliau menyentuh tentang Rasulullah s.a.w..dan perkara yg di titikberatkan dalam penulisannya tentang rasulullah sa.w. ialah berkenan dgn peribadi baginda s.a.w yang merupakan contoh agung dari Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia..


perbincangan beliau sebenarnya agak panjang, saya hanya akan meringkaskan dan mengambil point yang rasa penting utk disampaikan..


antara point besar yg beliau sampaikan dan amat2 menyentuh hati, jiwa dan perasaan dan sebenarnya membetulkan sedikit kekeliruan dan menetapkan lagi kefahaman ialah adakah Rasulullah s.a.w itu sebagai manusia yg merupakan contoh yg agung yg manusia boleh ikuti ataupun hanayalah sebagai khayalan dalam minda manusia dan ianya amat mustahil utk mencontohi baginda s.a.w..


beliau ada menyebut dengan penuh kesedihan bahawa ramai yg menganggap Arrasul adalah hanya sekadar khayalan dan manusia x mampu utk mengikuti..


Allah s.w.t berfirman dalam surah alkahfi bahawa rasulullah s.a.w menyebut sendiri bahawa baginda adalah seorang manusia yang diberi wahyu kepadanya..perkataan manusia adalah terlalu dekat dgn diri kita selaku manusia..seolah2nya ayat itu menyebut bahawa Allah mengutuskan seorang rasul yang juga manusia di kalangan kamu..bukanlah malaikat yg kamu tidak boleh dicontohi sama sekali..dan satu lagi ayat dari surah ali imran..rasulullah s.a.w menyatakan bahawa jikalau kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah akan menyintai kamu. Ayat ini menunjukkan mengikuti rasulullah s.a.w adalah tidak mustahil kerana Rasulullah menyurh utk mengikutinya..


Oleh itu komen beliau itu sangat menarik dan seharusnya umat islam hari ini..kembali utk mencontohi nabi mereka s.a.w..bukan pada pakain..tapi pada akhlak, sirah perjalanan hidup baginda.. kerana baginda telah membawa sebuah manhaj dalam kehidupan baginda..dengan manhaj tersebut islam tertegak dan tersebar di seluruh dunia..


Maka Rasulullah s.a.w bukanlah contoh yg mustahil tapi contoh yg adil yg perlu kita ikuti dan kita contohi dalam setiap sudut kehidupan kita..


Wallahuaalam..


akhir kata..saya tinggalkan dengan sebuah nasyid lama..maulay oleh husayyan..

catatan : ikram

musim : freedom gaza and bola..



Selasa, 8 Jun 2010

putaran hidup

bismillah..alhamdulillah wassolatu wassalamu ala rasulillah waala ahlihi waman walah..

assalamualaikum dan semoga semua di bawah naungan Allah s.w.t..

sudah 2 minggu berlalu peperiksaan di mesir..harapnya semuanya najah2 belaka dengan bantuan Allah s.w.t..kali ini saya ingin kongsikan tentang putaran hidup..dalam kehidupan harian manusia di atas muka bumi..manusia sentiasa tunduk dan patuh kepada sunnah alam ini..antara sunnah alam yang sentiasa menemani manusia dan tidak pernah terpisah dengannya ialah putaran..

sedar tak sedar..dalam diri manusia sendiri terdapat aliran darah yang bermula dari atas ke bawah dan akhirnya naik keatas kembali..ia akan mengalami sebuah putaran dalam badan manusia setiap hari dan setiap detik..

sedar tak sedar juga putaran2 ini adalah perkara yang Allah s.w.t telah tetapkannya kepada manusia tanpa manusia boleh mengawalnya..bermula dari putran darah di dalam badannya sehinggalah putaran kehidupan seseorang tersebut..

kadang2 manusia berasa gembira dan terlalu gembira..ketahuilah yg ia akan berasa sedih suatu hari nanti..dan begitu jugaklah sebaliknya..begitu juga dengan kejayaan..kadang2 manusia berjaya dam peperiksaan..mungkin juga suatu hari dia akan gagal..kadang manusia berada di atas..suatu hari nanti dia akan berada di bawah..kadang2 manusia menjadi seorang yang kaya..dia juga akan menjadi seorang yang miskin suatu hari nanti..dan begitulah sebaliknya..tetapi semuanya bergantung kepada ketentuan dan ketetapan ALlah s.w.t..

contoh mudah yang saya berikan tentang apa yang saya perkatakan..( sepertimana cikgu sobri selalu mengajar saya karangan yang baik adalah karangan yang mempunyai apa mengapa dan bagaimana )..contoh kehidupan nabi Musa a.s..baginda pernah berasa gembira sewaktu berada di istana firaun..namun beliau juga telah merasa sedih pada suatu hari beliau hilang segala2nya apabila larikan diri ke kota madyan seorang diri..baginda pernah suatu hari berada dalam kesenangan yang teramat selaku menjadi putera kepada firaun..namun beliau pernah selepas itu melalui saat2 yang amat susah ketika dalam perjalan ke madyan selama 8 hari tanpa makan dan minum di padang pasir yang luas..Musa a.s juga pernah berada di atas..di tampuk pemerintah yang paling tinggi selaku putera firaun..namun baginda pernah berada di tempat yang peling bawah ketika sampai di bumi madyan dan menuggu sesiapa utk memberinya makan..dan begitulah kehidupan nabi musa a.s..dari suatu tempat ke suatu tempat..satu keadaan ke suatu keadaan..satu suasana ke satu suasana yang lain..namun putaran yang beliau hadapi banyak mengajar dan mentarbiyah baginda dan semuanya adalah utk berhadapan dengan firaun dan kaumnya sendiri..

pengajarannya ialah..jaganlah terlalu seronok, bangga, atau rasa sedih dan gundah gulana ( bak kata ust shahidi ) atau rasa sudah tiada harapan dalam hidup ini..sesungguhnnya kahidupan ini akan berputar..Allah berfirman dalam surah ali Imran maksdunya ( dan begitulah hari2 kami putarkan di kalangan manusia ) dan juga dalam surah al insyirah maksudnya ( sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan ) dan Allah ulanginya dua kali berturut..

apa yang saya ingin sampaikan..janganlah anda sesekali putus harapan dengan hidup dan berasa susah dengan hidup..ianya kaadng2 hanyalah sebagai putaran kehidupan utk menguji diri..atau sebagai tarbiyah utk mengangkat darjat..letaklah semua perkara yang berlaku dan sandarkannya kepada Allah..begitulah nabi Musa a.s dalam perjalanan hidupnya tidak pernah putus harapan dengan Allah..bahkan apa yang berlaku menjadikannya lebih kuat dan dekat berbanding sebelumnya..

saya kongsikan sebuah lagu yang berceritakan tentang putaran kehidupan dari jason mraz..life is wonderfull..selamat menghayati liriknya dan sentiasalah bergantung kepada Allah dalam susah dan senang..terimalah..huhu..

catat : ikram
mood : exam..

Khamis, 27 Mei 2010

dream with me.....

assalamualaikum..alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah..

semepan exam ni saya ingin kongsi satu lagu arab mesir..keluaran awakening record..klau semua nak tahu awakening record ni yang menjadi penaung kepada beberapa penasyid dunia yang terkenal..contohnya sami yusof, maheer zain yang tgh top sekarang ni..so..hamza namirah salah seorang dari artis di bawah naungan mereka..

lagu ni menceritakan tentang ehlam maaya yang bermaksud impikanlah bersama2 gn ku..yang berkisahkan tentang future dreming..ada seri kata disitu..boleh hayati...impikanlah bersama2 gn ku..teringat kata2 ibu tercinta..biarlah kita impikan mcm2. Nak berjaya dalam hidup nak melancong sana sini atau lain2 lagi..saya pun selalu cakap sekadar mimpi ja tapi x jadi pon..tapi ibu saya menjawab..apa2pun kena impikan dulu..bila ada usaha kearah impian tersebut maka ia akan jadi sebuah kenyataan..so..apa2 pun mungkin akan terjadi suatu hari nanti..but..if we dream about it..n kita usaha utk mencapai impian tersebut..ok..saya tinggalkan kawan2 dan guru2 dgn lagu ni..terimalah..hamza namira dgn lagunya dream with me...


dicatat oleh : ikram
mesir..
event : besok nak exam..huhu..

Selasa, 25 Mei 2010

selamat hari guru dan update berita..

di kota balbis( syarqiyyah)..rumah makcik arab..dekat ladang gandum..huhu..

bismillah alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah..

selamat sejahtera di ucapkan kepada semua guru2 dan kawan2..sory agak lama x post lantaran peperiksaan yg berlaku secara kurang tabie skit tahun ni..huhu...sebab lama dah x tulis so rasa nak tulis sikit apa yg termampu..

pertama sekali..nak ucapkan selamat hari guru kepada seluruh guru2 almasriyah yang sudi mengajar diri ini..dari tidak tahu kepada tahu..dari jahat kepada baik..dari susah jadi senang..semuanya mestilah berlaku dgn kesusahan dan keperitan guru2 sekalian semata niat ikhlas utk mendidik jiwa2 ini..

mungkin utk mebalas jasa kalian semua diri yang dhaif ini tidak mampu..hanya mampu utk wish dan menulis..semoga Allah yang membalas jasa kalian..tidak lupa juga kepada teacher kesayangan Allah yarhamha teacher Hamidah Ahmad..anak2 didikmu sentiasa mendoakanmu walau dikau sudah pergi..pemergianmu mmbawa seribu satu maksud yang tersirat yang belum disingkap..terasa kerugian kerana tidak lama bersama mu..semoga di cucuri rahmat..

kepada guru2 kesayangan yang lain..xnak lah sebut semua nanti klau terlupa sorang ada plak yang terasa..hehe..yg pentingnya semua di sayangi dan di sanjungi..selamat hari guru..dulu masa hari guru kami akan pergi jumpa guru2 dan mohon maaf ucap selamat hari guru..dan ada juga yang bagi kad itu dan ini..maaflah, diri ini x reti nak memberi hadiah2..mungkin keusngguhan diri ini belajar itulah sebagai hadiah ( pergh, masuk bakul angkat sendiri la plak..huhu..) ( tapi teruk gak aku belajar dulu..huhu..)

harapnya diredhakan segala ilmu, tunjuk ajar yang diberikan..susah gak belajar tanpa guru kat sini( ups, kantoi x gi kuliah..haha..) kadang2 sembang2 dgn kwn2 kejadian2 yang x dingini yang berlaku semasa seklah dulu sangat2 lucu..huhu..banyak kenangan di alMasriyah walau 2 tahun ja kat situ..tapi kemesraan guru dan kawan2 rasa cam..aa..ntah la..rasa cam lama gak la disitu..

apa2pun doakanlah kejayaan kami atau saya disini..susah oo belajar kat sini..klau x lulus x naik tahun..makin berjanggut la aku kat sini..huhu..so..harapnya semua leh doakan walaupun doa tersebut memerlukan usaha dan tawakkal..doakanlah jugak kami kuat usaha dan kuat tawakkal..huhu..

kongsi sikit subjek2 fasal dua yang akan saya exam minggu depan bermula hari sabtu 29 sampai lah 29/6..1. perundangan islam. 2. tafsir. 3. sastera. 4. balaghah 5. ilmu akhlak. 6. hadis 7. ulum hadis 8. syubhah2 tentang alquran 9. Quran 10. tauhid. huh..doa2 la ye..semoga najah lagi eden tahun ni..

akhir kalam..maaf kalau tak praktik apa yang dipelajari dalam bahasa Malaysia dari segi tata bahasa semua..huhu..dan juga harap maafkan diri ini sebab nakal masa sekolah dulu..

kepada guru2 selamat hari guru..maaf zahir dan batin ( buleh gune ke maaf zahir batin?bukan utk raya ja ka ) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam ibadah kepada Allah sentiasa..

last sekali...assalamualaikum..dari anak didik kalian di perantaun ( Mesir )

posted by : ikram..
time : 11.55 mlm waktu mesir..event : tetiba teringat nak tulis..
musim : panas..huhu.

Isnin, 26 April 2010

Fenomena Sungai dalam Laut.

Keagungan dan kesucian Al-Quran tidak dapat disangkal lagi setelah banyak bukti-bukti telah terjawab sepertimana yang telah tertulis didalam Al-Quran 14 abad yang lalu...Al-Quran adalah kitab suci Allah yang teragung telah diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W untuk umatnya yang terpilih agar disebarkan kepada seluruh umat manusia yang telah Allah S.W.T bangunkan didunia ini.

Teori Big Bang adalah salah satu bukti keagungan Al-Quran..Pada tahun 1920, di sebuah pusat pemerhatian Mount Wilson, California, seorang ahli astronomi berbangsa Amerika bernama Edwin Hubble telah membuat satu penemuan yang besar di dalam sejarah astronomi iaitu big bang.Penemuan beliau dikuatkan lagi menerusi kajian dan perbincangan-perbincangan para saintis dan ahli Astronomi seperti A.S Eddington,Sir Fred Hoyle (ahli matematik),dan George Gamov pada tahun 1948.



Untuk meringkaskannya, konklusi yang jelas yang dicapai di dalam bidang astrofizik ialah bahawa keseluruhan alam semesta, bersama-sama dengan materi dan dimensi masanya, hadir untuk wujud di masa sifar bersama dengan satu letupan besar (Big Bang). Sebelum Big Bang, di sana tidak terdapat suatu apa seperti masa. Materi, tenaga, dan masa wujud dari suatu keadaan ketiadaan di mana bukan materi atau pun tenaga atau pun masa yang wujud, peristiwa ini dapat diterangkan hanya secara metafizik. Akan tetapi, hakikat yang hebat yang ditemui oleh fizik moden ini yang baru diketahui di akhir abad ini telah pun dinyatakan kepada kita di dalam Al-Qur'an 14 abad lamanya.

"(Dialah) Pencipta langit dan bumi."
Surah Al-An'aam; 101.
Teori Big Bang menunjukkan bahawa, pada permulaan, semua objek di dalam alam semesta berada di dalam satu bahagian dan kemudian terpisah. Fakta ini, yang diandaikan oleh teori Big Bang telah pun dinyatakan di dalam Al-Qur'an 14 abad lamanya, ketika mana umat manusia hanya memiliki pengetahuan yang terhad mengenai alam semesta;
"Dan apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui sesungguhnya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?"
Surah al-Anbiya; 30.

Seperti yang dinyatakan pada permulaan bab ini, pengembangan alam semesta adalah satu bukti yang penting bahawa alam semesta telah diciptakan dari tiada. Sekalipun fakta ini, yang telah pun wujud sejak alam semesta diciptakan, masih gagl untuk diketahui oleh dunia sains moden sehinggalah di abad ke 20 ini, Allah memaklumkan kita mengenai hakikat ini di dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu;


"Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasan Kami, dan sesungguhnya Kami meluaskannya." Surah az-Zariyat;47.




FENOMENA SUNGAI DIBAWAH LAUTAN

Namun demikian keajaiban pembuktian daripada ayat2 Al-Quran tidak hanya terhenti disitu sahaja, baru-baru ini dunia dikejutkan lagi dengan penemuan sungai dibawah lautan.
Fenomena sungai dibawah lautan ini telah ditemukan oleh seorang penyelam bersama team penyelamnya.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut

Kekuasaan Allah sangatlah maha dahsyat, tidak ada sesuatu pun yang mustahil baginya. Berbagai fenomena alam yang terjadi merupakan salah satu bukti tanda-tanda kekuasaannya. Demikian pula halnya dengan fenomena yang ada di Cenote Angelita, Mexico. Disana, di dalam lautan terdapat sebuah sungai lengkap dengan pohon dan daun-daunan, subhanallah.

Di Cenote Angelita, bila anda menyelam sampai dengan kedalaman 30 meter, anda akan menemukan airnya bukanlah air asin, tetapi air tawar. Namun, jika anda menyelam sampai dengan kedalaman 60 meter, maka airnya kembali menjadi asin dan di dasarnya anda akan menemukan sungai yang mengalir lengkap dengan pohon dan daun-daunan.

Fenomena berpisahnya air tawar dan air laut bukanlah sebuah hal mustahil bagi Allah, sebagaimana telah dijelaskannya di dalam Al-Qur’an surat Ar-Rahman yang bermaksud:

" Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu "

surat Ar-Rahman



“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda adalah eorang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti sangat mengenali Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan membawa dirinya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia tetap tidak dapt menemukan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


Sampai pada suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian dia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi :

“Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”

Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.



Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi :

“Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan”
Ertinya: “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk islam.

Khamis, 22 April 2010

Pasti Dtang Yang Lebih Baik Disebalik Kelewatan-Nya


"Adapun manusia, bila Rabb-nya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikannNYa kesenangan,, maka dia berkata:"Rabbku telah memuliakanku. sedang jika Rabbnya mengujinya, lalu Dia mengurangi rezekiNya, maka ia berkata:"Rabbku menghinakanku".
(QS.Al Fajar:15-16).

Kita semua umumnya pernah mengalami. Memohon pada Allah dengan sepenuh hati, khusyu,agar Allah memberikan sesuatu yang kita inginkan.Meminta dengan penuh harap kepada Allah untuk mengabulkan permintaan yang kita anggap itulah kenyataan yang paling baik.Berharap pada Allah agar memberikan kita sebuah nikmat yang dalam pandangan kita,nikmat itulah yang paling tepat untuk kita. tapi...ternyata permintaaan itu tak kunjung dikabulkan.

Munggkin banyak di antara kita yang yang mengalami keadaan seperti itu. Mengeluh, kecewa,putus asa, frust, dan sebagainya. padahal,pernahkah kita berfikir,sejauh mana kebenaran asumsi kita bahawa penundaan pemberian Allah itu adalah suatu bencana?atau, pernahkah kita merenungkan,mungkin penundaan itu justru karunia yang justru harus kita syukuri?apakah pengabulan doa dan harapan itu selalu bermakna kemuliaan dari Allah?atau apakah pemberian langsung Allah kepada kita itu justru sebuah bencana?kita tidak pernah tahu rahasia semua itu.

Menganggap bahwa pemberian itu bukti kemuliaan dan penundaan pemberian itu keburukan,merupakan sikap yang disinggung dalam firman Allah yang tertera di atas..manusia yang diceritakan dalam firman Allah itu, menganggap kesenangan identik dengan kemuliaan dari Allah. sebaliknya pengurangan rezeki itu identik dengan penghinaan dari Allah.

Pemberian dan penundaan nikmat merupakan masalah yang paling penting dan amat berpengaruh dalam kehidupan seseorang. sayangnya, seperti firman Allah tersebut,banyak orang yang keliru memahami masalah itu. Dan oleh karena itu Al Quran meluruskannya. Seringkali Allah menanguhkan pemberian dunia pada makhluk yang dicintaiNya,sementara Dia mencurahkan segala macam kesenangan dunia kepada makhluk yang paling didurhakai-NYa. karena itu,pemberian duniawi dari Allah bukan tanda kemuliaan,dan penundaan pemberian bukan tanda kehinaan.




Ibnu Athailah berkata,"Jika Allah menahan pemberianNya padamu.maka pahamilah bahwa itu adalah suatu karamah (kemuliaan) untukmu selama kau pertahankan keislamamn dan keimananmu,hingga segenap apa yang dilakukan Allah kepadamu menjadi karunia pula kepadamu" Ia kemudian melanjutkan,"Cukuplah sebagai balasan Allah atas ketaatanmu, jika Dia ridho kepadamu karena engkau menjadi orang yang taat kepadaNya. Cukuplah sebagai balasan atas orang2 yang beramal,Allah bukakan hatinya untuk menjalankan ketaatannya, dan apa saja yang diberikan pada mereka berupa kesenangan terhadapNya".

Isnin, 19 April 2010

AHLI PERSANA DI PERLEMBAHAN NIL

Diriwayatkan daripada Abu Musa radhiallahu 'anhu, Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda".
Persahabatan yang sejati,membuahkan kasih sayang yang abadi.Ukhwah yang dipupuk akhirnya membawa kami ke perlembahan nil ini.Kadangkala rindu xterhingga terhadap keluarga,sahabat-sahabat,dan sekolah tercinta iaitu SMIM secara ringkasnya.
Buat tatapan sahabat sahabiah semua,biarpun jauh di perantauan,namun jauh di sudut hati kami,ukhwah kalian tetap di hati.Buktinya,pada hari ini,ruangan blog PERSANA telah menyatukan hati-hati kita menerusi ruangan chatbox yang disediakan.Jaringan maya ini mengembalikan kenangan kita bersama biarpun tanpa bersua muka.Alhamdulillah kami di sini sentiasa berjuang meskipun mehnah dan tribulasi yang menghalang kadangkala membuatkan hati kami futhur di pertengahan jalan.Namun dengan semangat dan kalam taujihat sahabat dan guru-guru,sedikit sebanyak membangkitkan semula kekuatan yang ada.
Bumi anbia'ini juga, merupakan madrasah untuk mentarbiah jiwa-jiwa kami agar sentiasa sabar dan tsabat dalam meneruskan perjuangan menegakkan keizzahan Islam menerusi mata pena ataupun perkongsian ilmu dengan kalian semua di bumi Malaysia.
Selautan kesyukuran kami panjatkan buat PENCIPTA KASIH SAYANG,kerana dengan kehebatanNYA mengatur langkah setiap makhluk ciptaanNYA,kita semua bertebaran mengutip tinta-tinta ilmu di segenap pelusuk bumi ALLAH ini.Berbekalkan ilmu yang kita miliki,sedikit sebanyak menyatukan fikrah kita dalam merealisasikan ALUMNI PERSANA07 dan hingga ke saat ini,kita masih boleh berhubung meskipun berlainan masa dan tempat.
Buat akhirnya,doakan kami di sini agar terus tsabat menuntut ilmu di ardhil kinanah yang sentiasa menguji setiap jiwa hamba-hambanya.Kejayaan kami adalah kejayan guru-guru yang banyak mendidik,sahabat-sahabat yang turut membantu,dan keluarga yang sentiasa bersama menaikkan semangat yang kadangkala hampir luntur di pertengahan medan menuntut ilmu.Kejayaan buat kalian juga kami pohon agar kita dapat bersama berdiri sama tinggi mengaplikasikan ilmu yang kita miliki.

UKHWAH YANG SEJATI,
MELAHIRKAN KESATUAN YANG ABADI,
BIARPUN KITA SENTIASA DIUJI,
KASIH SAYANG YANG KITA TAUTKAN,
AKAN KEKAL SELAMANYA SEBAGAI BUKTI KITA PERNAH DIASUH,
DALAM SATU SUASANA DAN TEMPAT YANG SAMA,
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL MASRIYAH TETAP DI HATI,
SEBAGAI INSTITUSI YANG MENYATUKAN HATI-HATI KAMI,
HINGGALAH KE HARI INI....

SALAM SAYANG DARI KAMI DI BUMI MESIR..^_^

Isnin, 8 Mac 2010

kem lepas tension 2007..

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..salam sejahtera..

alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas baginda Muhammad s.a.w.

kali ini saya ingin mengenang kembali sebuah kem yang pernah di lalui bersama ahli2 persana yg saya namakan kem lepas tension..huhu..

ceritanya bermula...
pada suatu hari setelah kepenatan belajar dan gelak ketawa..huhu..timbul idea utk ahli2 persana pergi melancong ( bukan melencong erk ) ke mana2 selepas tamat exam STAM..rancangan tersebut pun dibawa ke peringkat nasional iaitu di kalangan para ahli..dan seterusnya di peringkat guru kokurikulum ( mak angkat saudara naim )..hehe..akhirnya selepas bincang punya bincang..bincang punya bincang..cadangan tersebut diterima dan bermulalah episod baru dalam kalangan ahli persana..

semua seolah2 memaksa pepriksaan STAM tamat cepat supaya boleh pergi ke kem tersebut..yang merancakkan lagi kem tersebut saudara Mustafa yang amat susah utk pergi ke kem2 selain ibadah turut ingin turut serta..lepas tension pnye pasal..( tok guru pon tension gak..

ada meeting yg membincangkan tentang aktiviti sekitar 3 hari 2 malam sepanjang tempoh percutian tersebut..agak cantik aktiviti itu disusun rapi..

akhirnya tiba hari bertolak ke destinasi..ahli2 persana semua digalakkan memakai baju rasmi PERSANA. walaupun agak ketat bagi saya..tapi saya pakai juga sebab merasai bangga menjadi ahli persana..

perjalanan di iring oleh teacher Aliza..seorang guru yang sentiasa mementingkan kebajikan anak2 muridnya..kredit to you teacher..

sesampai ke destenasi semua chek inn di shalee ( betul ke aku eja nih..klau x batulkan )lelaki satu dan perempuan bersama teacher satu rumah..aktiviti pertama selepas penat berjalan selama lebih kurang 3 jam campur sesat lagi ialah memasak..cadangan awalnya ialah wanita2 PERSANA dikehendaki menyediakan bahan dan lelakinya memasak..dan seterusnya rotate le setiap kali masak..seingat saya lauk pertama yang berjaya di masak oleh saudara Muhammad ialah ayam goreng masak merah..boleh tahan la sedapnya sebab saya masak sekali..hehe..

seterusnya lepas makan aktiviti seterusnya ialah bebas..ada yang tidur dan ada yang mandi manda..dan begitulah..rupanaya memang kem lepas tension memang sesuai digunakan sebab tiada aktiviti yang berjaya selain masak bersama dan makan..yang lain semua bebas..huhuhu..pada malam hari pertama kalau x silap saya ada barbe Q..arang dibeli oleh saya beberapa orang ahli dan juga teacher dari bandar berdekatan..antara menunya kerang, ayam x masak, daging burger beku, dan sosej sedap dan tentulah sos cili blander..

ustaz Hanif, Ustaz Amiluddin, dan Ustazah Aminaliza hadir pada malam tersebut bagi menikmati makanan yang dihidangkan..seronok rasanya boleh masak untuk guru guru..dan bagitulah aktiviti pada malam tersebut penuh dengan makanan yang yanag terlalu banyak yang memang menjadi favorite saya..ehehe..

program ditersukan lagi..seperti baias aktiviti bebas..pada malam terakhir bermulalah sesi melepas tension..hehhe..bukanlah..sesi luah tensoin...setiap orang dikehendaki bercakap dihadapan ramai dalam keadaan lampu tertutup dan menceritakan apa2lah yang nak diceritax kira suka atau duka banyak yang diceritakan..tapi saya pun x ingat sangat perkongsian pada malam tu..yang ingatnya ada la jugak yang menghembuskan air mata..apa-apa pon ok..i like my stail..huhu..

saya akui pengalaman sepanjang 3 hari 2 malam tersebut memang meninggalkan benyak kenangan bersama2 ahli persana yang lainnya dan seterusnya merapatkan ukhuwah sesama..

mungkin tu ja pos saya kali ni..sangat mengalu2kan komen anda terhadap pos ni..mungkin ada benda yang saya x ingat boleh diperingtkan kembali..

utk ahli2 PERSANA walau dimana anda berada good luck..semoga berjaya...

Rabu, 20 Januari 2010

الكون المنظور والكون المقروء ( alam yg dilihat dan alam yg dibaca )



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala asyrafil anbiya walmursalin wa ala ashabihi ajmain.

Penulisan pada kali ini berteraskan sedikit pengkajian ilmiyah berkenaan dengan peranan alam dalam pembuktian ke Esaan Allah s.w.t.

Allah s.w.t menjadikan manusia dan membekalkannya dengan penambahan2 yg sistematik sehingga boleh menerima, menyampai ilmu pengetahuan dan sebagainya. antaranya ialah akal, pancaindra, anggota badan dan lain2.

Seorang mukmin perlulah mencari dalil tentang kebesaran, keEsaan, kewujudan Allah s.w.t. Apabila menyebut tentang dalil ataupun bukti timbul persoalan apakah cara ataupun wasilah bagi seseorang mengetahui apa2 jua ilmu pengetahuan.

Apabila di soal : Apakah wasilah yg digunakan utk membuktikan kewujudan, kebesaran, keEsaan Allah? Orang islam dan beriaman semestinya akan menjawab wahyu iaitu al Quran. ya, jawapan yg betul!! tetapi adakah hanya wahyu sahaja?? mari kita tadabbur al Quran sebentar.

Surah Arrahman menyarankan wasilah- wasilah ini kepada kita dalam firman Allah s.w.t :

الرحمن . علم القران .خلق الانسان

Apabila diperhatikan ayat yg kedua yg bermaksud bahawa Allah s.w.t mengajarnya ( manusia )al Quran. Ayat yg kedua ini merupakan bahagian pertama daripada jawapan di atas iaitu wahyu atau al Quran yg merupakan الكون المقروء yg bermaksud alam yg boleh dibaca.

Apabila diperhatikan pada ayat yg ketiga Allah s.w.t bersabda : ia menjadikan manusia. di sini lahirlah saranan kedua daripada al Quran utk mengetahui siapakah الرحمن tersebut. sidang pembaca, Menjadikan manusia tersebut merupakan wasilah kedua utk membuktikan ke Esaan, kebesaran Allah s.w.t. Ini kerana, manusia dikira sebahagian daripada alam yg boleh dilihat dan juga dikaji الكون المنظور dan begitu jugalah seluruh alam bumi, langit, bintang, tumbuhan2 dan haiwan2 adalah termasuk dalam alam yg boleh dilihat dan ianya menjadi bukti bagi kewujudan Allah s.w.t terutamanya kejadian manusia itu sendiri.

Maka di sini Allah membekalkan kepada manusia akal yg mampu berfikir dan mengkaji alam ini dalam mencari bukti kewujudan Allah s.w.t selain daripada wasilah yg pertama iaitu dengan membaca al Quran.

Apabila manusia mula berfikir dan terus berfikir pada mengenai alam ini maka manusia akan mula yakin dan terus yakin dengan kebesaran Allah, ke Esaan Allah , KeAgungan maha pencipta kita semua.

contohnya : seekor haiwan atau katakanlah manusia kerana manusia adalah haiwan yg berfikir susunan struktur anggota badan kita yg terdiri daripada kepala, badan, tangan dan sebagainya, susunan yg kompleks tersebut sehinggakan gigi yg disusun rapi gerahamnya dibelakang, taringnya itu semua membuktikan bahawa yg ada yg menciptanya dan yg menciptanya adalah maha Bijaksana حكيم dalam ciptaannya. maka begitulah selruh alam ini ianay perlu dikaji dan digali. sehinggkan ada yg tertanya2 kenapakah Allah menjadikan anjing laut, pengguin yg hanya terdapat di kutub2, ikan2 dalam lautan pasifik seolah2 tiada penggunaannya. tetapi apabila manusia mula mengkajinya maka disitu terbuktilah kebesaran Allah dan sungguhlah Allah berfirman dalam al Quran :

ان فى خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار لأيات لألي الألباب

sesungguhya pada penciptaan langit dan bumi, perbedaan siang dan malam merupakan tanda- tanda ( kebesaran Allah ) bagi mereka yg bijak pandai ( mahu berfikir ).

Waalahuaalam. Semoga kita menggunakan al Quran yg di gengam di dalam tangan anda dan juga Akal fikiran utk mencari dan menggali alam ini semoga mendapat keyakinan , keimanan yg tinggi terhadap kewujudan, ke Esaan dan kebesaran , Kebijaksanaan Allah s.w.t.

Selasa, 19 Januari 2010

Al Azhar dan manhajnya yg muutadil.





bismillillah..alhamdulillah wasssalatus wassalamu ala asyrafil anbiya wal mursalin..

amat susah dalam seasana exam begini utk menulis sesuatu di halaman ini - x exam pun x tulis gak. hehe - memandangkan keadaan dan situasi sedikit tidak membantu utk mengeluarkan buah akal fikiran. Walaubagaimanapun menulis merupakan hobi yg boleh dijadikan sebagai hobi yg baik ketika akal anda sudah penuh dengan buah fikiran pensyarah yg terkarang dalam buku.

penulisan pada kali ini adalah berkatan sedikit perkongsian yg berlegar berkenaan pembelajaran peribadi selaku penuntut di kuliah usuluddin di Al Azhar.

Al azhar secara umumnya dan kuliah usuluddin secara khususnya pada tahun kedua ini mewajibkan pada pelajar 17 subject yg mesti dipelajari dan ada antaranya yg perlu di hafal seperti Quran secara terperinci adalah seperti berikut.

fasal pertama :

1. khatabah islamiyah
2. ulum quran
3. syubhat haula hadis
4. mantiq
5. falsafah
6. fiiqh muamalat

fasal kedua pula apabila tiba masanya saya akan tulis bila madahnya sudah di tetapkan dan tiada perubahan.

tahun ke2 daripada sudut pandangan saya kuliah usuluddin masih lagi memberi kunci2 ilmu kepada para2 pelajar tanpa mendalami mana2 ilmu.

antara ilmu2 yg baru dalam tahun ke2 ini ialah falsafah iaitu membincangkan tentang falsafah definesi, sejarah, perkatiannya degan ilmu, perkaitannya dengan agama dan juga perkara2 yg menjadi perbicangan asas dalam ilmu falsafah. agak seronok belajar falsafah sehinggakan cara berfikir agak dah berubah sedikit daripada sebelum ini dan saya mula berfikir dengan cara ahli2 falsafah berfikir dan sebgainya.

walaubagaimanapun keadaannya, tidak perlu risau ketika anda menerima ilmu2 dari azhar khususnya kerana azhar dekenali sebagai university yg dekat dengan wasatiah ( pertengahan ) yg di anjurkan oleh islam dan manhajnya dalam pembelajaran adalah manhaj pertengahan yg di anjurkan oleh islam.

semoga Allah memberi kita ilmu pengetahuan yg pertengahan berasaskan kepada manhaj islam dan tidak berpihak2 dengan secara taasub tanpa mengetahui yg mana salah dan yg mana betul. jazakumullah ya Azhar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...