Social Icons

Isnin, 28 September 2009

RAMADAN BERLALU PERGI

بسم الله الرحمن الرحيم..الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه ومن والاه..أما بعد..

syukur kehadrat ilahi kerana masih dipanjangkan usia dapat bertemu dengan ramadan pada kali ini..dapat merasakan nikmat berada di bulan Ramadan yang semestinya tidak terdapat didalam bulan-bulan yang lain..bersyukur juga kepada Allah kerana menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang sedar akan nikmat Ramadan dan berlumba-lumba untuk mengejarnya..Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang Ya Allah..

namun pemergian Ramadan bukanlah berarti berhentilah amal ibdah kita sepanjang bulan Ramadan..teringat kata-kata seorang ulama yang amat menyentuh hati ini .. ( jikalau engkau beribadah utk Ramadan makan Ramadan berlalu pergi dan jikalau engkau beribadah kepada Allah maka Allah s.w.t sentiasa kekal selama-lamanya..oleh yang demikan nasihat utk diri ini dan para sahabat sekalian marilah kita menjadi hamba kepada Allah s.w.t bukan kepada Ramadan..ingatlah Allah s.w.t sentiasa ada di mana-mana pun jua dan di bila-bila masa..

Ramadan dikatakan sebagai madrasah utk mendidik jiwa dan hawa nafsu kita menghadapi baki 11 bulan yang mendatang..oleh itu sesiapa yang keluar dari bulan Ramadan dan tidak dapat ditarbiyah oleh madarasah ini dan tidak mengambil faedah daripadanya maka rugilah dan menyesallah mereka itu..oleh itu, apa-apa sahaja amalan dalam bulan Ramadan perlu diteruskan dalam bulan-bulan yang seterusnya kerana ianya bukti kita telah mendapat tarbiyah daripada bulan ini..

amalan-amalan yang saya maksudkan ialah bukan sahaja solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya tetapi juga akhlak-akhlak dan sifat yang Ramadan mengajar kita dan mendidik kita..umapamanya sifat sabar menahan lapar dan dahaga begitu jugak sabar dalam setiap dugaan dan cabaran hidup..sifat ikhlas yang dipupuk dalam bulan Ramadan apabila kita berpuasa di ajar supaya niat kita menhan dahaga dan lapar hanyalah ikhlas kepada Allah. Oleh yang demikian seluruh kehidupan, kematian, ibadah dan segala-galanya hanyalah utk Allah s.w.t..dan tidak lupa juga ketaqwaan kepada Allah yang diajar oleh Ramadan kepada kita melalui puasa dengan kita melaksakan puasa yang merupakan perintah dan meninggalkan makan, minum, syahwat kerana Allah merupakan taqwa kepada Allah kerana definisi taqwa seperti yang ditafsirkan dengan mengikut perintah dan meninggalkan larangan..begitu juga apabila kita telah meninggalkan Ramadan seluruh kehidupan kita adalah melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalakn apa yang dilarang oleh Allah s.w.t..

semoga kehidupan kita dalam 11 bulan yang mendatang ini di isi dengan amalan-amalan yang ditarbiyah oleh bulan Raamadan yang penuh berkat dan rahmat ini..

waalauallam..

..ar-raqaiq...

Sabtu, 26 September 2009

Bolehkah Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam?

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/



eid mubarak

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ’sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

p/s (1): walaupun ia kelihatan seperti satu permasalahan yang ringan,tapi awas! di sebaliknya tersimpan satu makna tersirat yang sangat besar,bahkan boleh mendatangkan bahaya bagi mereka yang melakukannya.

p/s (2) : cukup besar balasan Allah bagi mereka yg tidak dapat melangsaikan hutang sesama manusia,bayangkan pula balasan bagi mereka yang berhutang ibadah dengan Allah.pasti lebih besar balasannya.

p/s (3) : Wahai wanita2 di luar sana (including me) terutamanya,lakukan puasa qdha' [wajib]dahulu kemdian baru yang sunat.

p/s (4) : mengapa perlu menangguh-nangguhkan puasa qadha',terkadang ada yang sampai nak masuk ramadhaan tahun depan,masih juga belum selesai mengqadhakan puasa yang tahun lepas,adalah lebih afdhal dan lebih baik kita melangsaikan hutang ibadah kita dengan Allah secepat yang mungkin.

Oleh : Zaharuddi Abdurrahman

Post by : Asma Fatimah fajar
Date : 27/9/2009

Time : 6.30 p.m

Ahad, 20 September 2009

Sunnah Eid Mubarrak



‘Eidul Fitri merupakan satu peristiwa yang membawa makna satu makna yang berlainan bagi setiap individu.Baik kerana makanan yang enak-enak,berhelai-helai baju raya baru,balik kampung,duit raya dan sebagainya.Semua contoh yang diberikan merupakan perkara biasa yang berlegar di fikiran masyarakat secara umumnya.Namun barangkali berapa ramai di antara kita yang memikirkan ianya juga merupakan salah satu ibadah dalam mencontohi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam merayakan ‘Eidul Fitri?

Islam tidak mengongkong umatnya bergembira malah membolehkan umatnya untuk mengungkapkan perasaan bahagia dan bersenang-senang pada hari ‘Eidul Fitri tersebut.Cuma apa yang disedihkan ialah kemeriahan ingin menyambut ‘Eidul Fitri kadang kala mengatasi kegembiraan orang-orang alim menyambut 10 malam terakhir Ramadhan. Lampu-lampu minyak dan lampu warna-warni menerangi 10 malam terakhir Ramadhan merupakan satu adat yang kadang kala dianggap seolah-olah seperti syariat bagi sesetengah pihak. Perkara ini amat berbeza sekali dengan iman-iman umat Islam dahulu kala yang sangat sedih melihat berlalunya bulan Ramadhan yang Mubarak ini.

Tetapi masyarakat kini,apabila tiba minggu-minggu terakhir Ramadhan, surau-surau dan masjid-masjid semakin lama semakin kurang isinya kerana masyarakat lebih sibuk bersiap-sedia menyambut kedatangan ‘Eidul Fitri.Inilah hakikat,maka tidak hairanlah bagi sesetengah pihak yang menyambut sakan kedatangan ‘Eidul Fitri saban tahun memakan biaya yang besar.
Wahai kaum muslimin dan muslimat, ‘Eidul Fitri adalah sama seperti amalan atau ritual-ritual agama yang lain,prosesnya tidak terlepas dari aturan syariat yang mana ianya harus ditentukan seperti mana keinginan syariat dalam menghayati kedatangannya.Apabila kita memahami makna sambutan ‘Eidul Fitri seperti mana kehendak syariat maka tentu banyak adat-adat yang dibiasakan saban tahun dapat dikurangkan kerana ‘Eidul Fitri bukanlah seharusnya dirayakan dengan baju raya yang baru,dengan duit raya yang tebal, menyiapkan makanan yang enak-enak, mahupun dengan ziarah-menziarahi yang hanya dilakukan setahun sekali.Ini kerana dengan mengetahui bimbingan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam beridul Fitri maka kita tidak perlu berbelanja besar dan semuanya akan terasa lebih mudah dan sempurna.
Sebelum kita mengambil kira adakah langsir rumah tahun ini harus diganti dengan yang baru dan sebagainya Berikut ini disertakan sedikit penjelasan tentang bimbingan syariat dalam beridul Fitri berdasarkan hadith sahih dari baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam yang mana sunnah-sunnah ini seharusnya diberikan lebih prioriti.

Ada apa dengan Eid?

Ibnu Taimiyyah berkata: “Eid adalah sebutan untuk sesuatu yang selalu terulang berupa perkumpulan yang bersifat massal, baik tahunan, mingguan atau bulanan.”(Dinukil dari Fathul Majid hal. 289 tahqiq Al-Furayyan)

Daripada definisi di atas dapat kita fahami bahawa Eid merupakan satu perayaan yang berulang saban tahun.Semestinya ketibaan Eid dinanti-nantikan baik tua maupun yang muda.

Dari Anas bin Malik ia berkata: Rasulullah datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai 2 hari (raya) yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata: “Apa (yang kalian lakukan) dengan 2 hari itu?” Mereka menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik dari keduanya, yaitu ‘Eidul Adha dan ‘Eidul Fitri.”
(Hadith Sahih, HR. Abu Dawud no. 1004)

Hadith di atas jelas menunjukkan perayaan ‘Eidul Fitri ini suatu hari yang penuh kebaikan.Ianya merupakan salah satu gantian kepada hari-hari kegembiraan zaman jahiliyyah.Maka tidaklah wajar jika kita menyambut kegembiraan selain dari kedua hari yang disebut dalam hadith di atas kerana kegembiraan menyambut hari yang disyariatkan merupakan satu ibadah dan ternyata bahawa ibadah itu bersifat tetap.

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:-
“Tidak mengapa menampakkan kegembiraan dan kebahagiaan pada hari-hari ‘Ied seperti ‘Eidul Fitri atau ‘Eidul Adha selama dalam batas-batas syar’i. Di antaranya seseorang makan dan minum atau yang semisalnya”(Majmu’ Fatawa Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, juz 16 bab Shalatul ‘Iedain)

Sunnah Sepanjang 'Eid

Tidak saya nafikan banyak sunnah yang boleh kita contohi sepanjang hari Eid tersebut,tetapi ingin saya fokuskan kepada beberapa sunnah sahaja kerana ada antaranya layak dikategorikan sebagai sunnah yang ditinggalkan. Maka menjadi kewajiban kita untuk menghidupkan semula hari-hari kegembiraan dalam Islam ini dengan meneladani contoh tauladan yang terbaik tidak lain tidak bukan contoh ikutan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Keluarga dalam masyarakat rata-ratanya lebih banyak memupuk atucara mereka sendiri sepanjang hari Eid seperti menangkap foto,menunggu giliran mendapat duit raya, menonton siaran televisyen dan sebagainya. Maka perkara sebegini harusnya diubah dengan mengajar generasi muda untuk lebih mengenali dan mencontohi nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam menyambut kegembiraan,antara sunnah baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam yang jarang (berdasarkan pengamatan saya) dipraktikkan dengan ilmu bahawa ianya merupakan satu


sunnah sepanjang hari Eid ialah:-



i) Mandi Sebelum Pergi Menunaikan Solat ‘Eidul Fitri
عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Dari Malik dari Nafi’, ia berkata bahwa Abdullah bin Umar dahulu mandi pada hari Idul Fitri sebelum pergi ke mushalla (lapangan).” (Sahih, Hadith Riwayat Malik dalam Al-Muwaththa` dan Al-Imam Asy-Syafi’i dari jalannya dalam Al-Umm)

ii) Memakai wangi-wangian
عَنْ مُوْسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ نَافِعٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ يَغْتَسِلُ وَيَتَطَيَّبُ يَوْمَ الْفِطْرِ

“Dari Musa bin ‘Uqbah, dari Nafi’ bahwa Ibnu ‘Umar mandi dan memakai wangi-wangian di hari ‘Eidul fitri.”(Riwayat Al-Firyabi dan Abdurrazzaq)
Al-Baghawi berkata: “Disunnahkan untuk mandi di hari Id. Diriwayatkan dari Ali bahwa beliau mandi di hari Eid, demikian pula yang sejenis itu dari Ibnu Umar dan Salamah bin Akwa’ dan agar memakai pakaian yang paling bagus yang dia dapati serta agar memakai wangi-wangian.” (Syarhus Sunnah, 4/303)

iii) Memakai pakaian yang bagus
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوْقِ فَأَخَذَهَا فَأَتَى بِهَا رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيْدِ وَالْوُفُوْدِ. فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ

Dari Abdullah bin Umar bahwa Umar mengambil sebuah jubah dari sutera yang dijual di pasar maka dia bawa kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, lalu Umar radhiallahu 'anhu berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun berkata: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan dapat bagian (di akhirat)….”(Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitabul Jum’ah Bab Fil ‘Idain wat Tajammul fihi dan Muslim Kitab Libas Waz Zinah)
Ibnu Rajab berkata: “Hadits ini menunjukkan disyariatkannya berhias untuk hari raya dan bahwa ini perkara yang biasa di antara mereka.” (Fathul Bari)

iv) Makan Sebelum Pergi Melaksanakan Solat Eid
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ. وَقَالَ مُرَجَّأُ بْنُ رَجَاءٍ: حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللهِ قَالَ:
حَدَّثَنِي أَنَسٌ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Dari Anas bin Malik ia berkata: Adalah Rasulullah tidak keluar di hari fitri sebelum beliau makan beberapa kurma. Murajja‘ bin Raja‘ berkata: Abdullah berkata kepadaku, ia mengatakan bahwa Anas berkata kepadanya: “Nabi memakannya dalam jumlah ganjil.” (Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitab Al-’Idain Bab Al-Akl Yaumal ‘Idain Qablal Khuruj)

i) Bertakbir Menuju Tempat Solat Eid
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلاَةَ، فَإِذَا قَضَى الصَّلاَةَ؛ قَطَعَ التَّكْبِيْرَ

“Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam keluar di Hari Raya Idul Fitri lalu beliau bertakbir sampai datang ke tempat shalat dan sampai selesai shalat. Apabila telah selesai shalat
beliau memutus takbir.”(Sahih, Mursal Az-Zuhri, diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah)

vi) Pulang dari Solat Eid menggunakan jalan lain
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيْقَ

Dari Jabir, ia berkata: “ Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam apabila di hari Id, beliau mengambil jalan yang berbeda.”(Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitab Al-’Idain Bab Man Khalafa Thariq
Idza Raja’a…)


Inilah serba sedikit sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang dapat kita contohi dan teladani. Sesetengah daripada perkara ini mungkin diangap lumrah dan remeh bagi sesetengah pihak,cuma adalah lebih molek jika perkara yang kita amalkan itu berdiri di atas ilmu yang sahih sekaligus mendapat keberkatan dari Allah S.W.T kerana niat ikhlas kita untuk mencontohi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam perbuatan harian tersebut.Perkara yang dianggap kecil ini kadang kala perlu dititik beratkan semoga tidak dipandang remeh tetapi dipandang dari sudut yang lebih positif iaitu sebagai satu ibadah yang mengajar kita nilai ikhlas dan ittiba’ (mencontohi perbuatan nabi).

Mandi ’sunat’ Eid,makan sebelum ke tempat solat,memakai wangi-wangian semuanya boleh diparaktikan dengan mudah insyaAllah.Cuma dalam kategori memakai pakaian yang bagus perlulah kita sedar bahawa memakai pakaian yang bagus tidaklah semestinya ia adalah memakai pakaian yang baru atau mahal.Pernyataan saya ini bukan melarang ’adat’ Melayu dalam berbaju baru sewaktu Eid,cuma lebih baik jika kita berjimat dan berhati-hati dalam berbelanja supaya baju raya yang kita pamerkan itu tidak termasuk dalam kategori pembaziran.
Adapun antara sunnah yang jarang dilihat dipraktikan di Malaysia ialah bertakbir menuju tempat solat Eid,adakah kerana kita menaiki kereta dan motor menjadi alasan utama untuk mematikan sunnah yang hampir pupus ini?

Perlu juga kita memahami perbuatan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam itu tidak lain hanya penuh dengan keberkatan dan kesempurnaan. Dalil di atas merupakan dalil disyariatkannya bertakbir, amalan kaum muslimin yaitu bertakbir dengan keras selama perjalanan menuju tempat solat jarang kita lihat barangkali kerana kurangnya pengetahuan masyarakat tentang sunnah ini kerana masyarakat dididik dengan pengamatan bahawa ’sunnah ’ bertakbir hanya layak di masjid atau surau sahaja,dan ianya perlu dilakukan secara jamai’.Inilah pola fikir yang perlu kita ubah supaya sunnah yang sahih ini kelak tidak hanya menjadi sejarah atau mereka yang melakukannya dianggap menyimpang dari amalan masyarakat yang sentiasa dianggap betul. Berkenaan dengan kepulangan dari solat Eid dengan jalan lain bukanlah supaya kita menambah putaran tayar kereta,tetapi hikmahnya berdasarkan para ulama ialah supaya kita lebih banyak bertemu sesama muslimin untuk memberi salam dan menumbuhkan rasa cinta.Inilah yang Imam Ibn Rajab nukilkan dalam kitab beliau Fathul Bari dan hujah yang sama termuat dalam Zadul Ma’ad.



Akhir kalam dari saya,janganlah kita malu dan segan dalam melakukan sunnah yang semakin ditinggalkan ini baik kerana kurang pengetahuan tentangnya maupun tidak memahami hikmah di sebalik perbuatan tersebut.Tidak ada siapa di antara kita yang ingin menjadi penyumbang kepada kepupusan amalan sunnah yang sahih dalam masyarakat.Maka inilah peluang kita dalam mengembalikan amalan sunnah yang sahih dalam menyambut kegembiraan Syawal.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ
“Semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kamu.
post by:asma fatimah fajar
Rujukan: ibnyusof.blogspot.com
persanamasriyah .blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...