Social Icons

Isnin, 19 April 2010

AHLI PERSANA DI PERLEMBAHAN NIL

Diriwayatkan daripada Abu Musa radhiallahu 'anhu, Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda".
Persahabatan yang sejati,membuahkan kasih sayang yang abadi.Ukhwah yang dipupuk akhirnya membawa kami ke perlembahan nil ini.Kadangkala rindu xterhingga terhadap keluarga,sahabat-sahabat,dan sekolah tercinta iaitu SMIM secara ringkasnya.
Buat tatapan sahabat sahabiah semua,biarpun jauh di perantauan,namun jauh di sudut hati kami,ukhwah kalian tetap di hati.Buktinya,pada hari ini,ruangan blog PERSANA telah menyatukan hati-hati kita menerusi ruangan chatbox yang disediakan.Jaringan maya ini mengembalikan kenangan kita bersama biarpun tanpa bersua muka.Alhamdulillah kami di sini sentiasa berjuang meskipun mehnah dan tribulasi yang menghalang kadangkala membuatkan hati kami futhur di pertengahan jalan.Namun dengan semangat dan kalam taujihat sahabat dan guru-guru,sedikit sebanyak membangkitkan semula kekuatan yang ada.
Bumi anbia'ini juga, merupakan madrasah untuk mentarbiah jiwa-jiwa kami agar sentiasa sabar dan tsabat dalam meneruskan perjuangan menegakkan keizzahan Islam menerusi mata pena ataupun perkongsian ilmu dengan kalian semua di bumi Malaysia.
Selautan kesyukuran kami panjatkan buat PENCIPTA KASIH SAYANG,kerana dengan kehebatanNYA mengatur langkah setiap makhluk ciptaanNYA,kita semua bertebaran mengutip tinta-tinta ilmu di segenap pelusuk bumi ALLAH ini.Berbekalkan ilmu yang kita miliki,sedikit sebanyak menyatukan fikrah kita dalam merealisasikan ALUMNI PERSANA07 dan hingga ke saat ini,kita masih boleh berhubung meskipun berlainan masa dan tempat.
Buat akhirnya,doakan kami di sini agar terus tsabat menuntut ilmu di ardhil kinanah yang sentiasa menguji setiap jiwa hamba-hambanya.Kejayaan kami adalah kejayan guru-guru yang banyak mendidik,sahabat-sahabat yang turut membantu,dan keluarga yang sentiasa bersama menaikkan semangat yang kadangkala hampir luntur di pertengahan medan menuntut ilmu.Kejayaan buat kalian juga kami pohon agar kita dapat bersama berdiri sama tinggi mengaplikasikan ilmu yang kita miliki.

UKHWAH YANG SEJATI,
MELAHIRKAN KESATUAN YANG ABADI,
BIARPUN KITA SENTIASA DIUJI,
KASIH SAYANG YANG KITA TAUTKAN,
AKAN KEKAL SELAMANYA SEBAGAI BUKTI KITA PERNAH DIASUH,
DALAM SATU SUASANA DAN TEMPAT YANG SAMA,
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL MASRIYAH TETAP DI HATI,
SEBAGAI INSTITUSI YANG MENYATUKAN HATI-HATI KAMI,
HINGGALAH KE HARI INI....

SALAM SAYANG DARI KAMI DI BUMI MESIR..^_^

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...