Social Icons

Rabu, 20 Januari 2010

الكون المنظور والكون المقروء ( alam yg dilihat dan alam yg dibaca )



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala asyrafil anbiya walmursalin wa ala ashabihi ajmain.

Penulisan pada kali ini berteraskan sedikit pengkajian ilmiyah berkenaan dengan peranan alam dalam pembuktian ke Esaan Allah s.w.t.

Allah s.w.t menjadikan manusia dan membekalkannya dengan penambahan2 yg sistematik sehingga boleh menerima, menyampai ilmu pengetahuan dan sebagainya. antaranya ialah akal, pancaindra, anggota badan dan lain2.

Seorang mukmin perlulah mencari dalil tentang kebesaran, keEsaan, kewujudan Allah s.w.t. Apabila menyebut tentang dalil ataupun bukti timbul persoalan apakah cara ataupun wasilah bagi seseorang mengetahui apa2 jua ilmu pengetahuan.

Apabila di soal : Apakah wasilah yg digunakan utk membuktikan kewujudan, kebesaran, keEsaan Allah? Orang islam dan beriaman semestinya akan menjawab wahyu iaitu al Quran. ya, jawapan yg betul!! tetapi adakah hanya wahyu sahaja?? mari kita tadabbur al Quran sebentar.

Surah Arrahman menyarankan wasilah- wasilah ini kepada kita dalam firman Allah s.w.t :

الرحمن . علم القران .خلق الانسان

Apabila diperhatikan ayat yg kedua yg bermaksud bahawa Allah s.w.t mengajarnya ( manusia )al Quran. Ayat yg kedua ini merupakan bahagian pertama daripada jawapan di atas iaitu wahyu atau al Quran yg merupakan الكون المقروء yg bermaksud alam yg boleh dibaca.

Apabila diperhatikan pada ayat yg ketiga Allah s.w.t bersabda : ia menjadikan manusia. di sini lahirlah saranan kedua daripada al Quran utk mengetahui siapakah الرحمن tersebut. sidang pembaca, Menjadikan manusia tersebut merupakan wasilah kedua utk membuktikan ke Esaan, kebesaran Allah s.w.t. Ini kerana, manusia dikira sebahagian daripada alam yg boleh dilihat dan juga dikaji الكون المنظور dan begitu jugalah seluruh alam bumi, langit, bintang, tumbuhan2 dan haiwan2 adalah termasuk dalam alam yg boleh dilihat dan ianya menjadi bukti bagi kewujudan Allah s.w.t terutamanya kejadian manusia itu sendiri.

Maka di sini Allah membekalkan kepada manusia akal yg mampu berfikir dan mengkaji alam ini dalam mencari bukti kewujudan Allah s.w.t selain daripada wasilah yg pertama iaitu dengan membaca al Quran.

Apabila manusia mula berfikir dan terus berfikir pada mengenai alam ini maka manusia akan mula yakin dan terus yakin dengan kebesaran Allah, ke Esaan Allah , KeAgungan maha pencipta kita semua.

contohnya : seekor haiwan atau katakanlah manusia kerana manusia adalah haiwan yg berfikir susunan struktur anggota badan kita yg terdiri daripada kepala, badan, tangan dan sebagainya, susunan yg kompleks tersebut sehinggakan gigi yg disusun rapi gerahamnya dibelakang, taringnya itu semua membuktikan bahawa yg ada yg menciptanya dan yg menciptanya adalah maha Bijaksana حكيم dalam ciptaannya. maka begitulah selruh alam ini ianay perlu dikaji dan digali. sehinggkan ada yg tertanya2 kenapakah Allah menjadikan anjing laut, pengguin yg hanya terdapat di kutub2, ikan2 dalam lautan pasifik seolah2 tiada penggunaannya. tetapi apabila manusia mula mengkajinya maka disitu terbuktilah kebesaran Allah dan sungguhlah Allah berfirman dalam al Quran :

ان فى خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار لأيات لألي الألباب

sesungguhya pada penciptaan langit dan bumi, perbedaan siang dan malam merupakan tanda- tanda ( kebesaran Allah ) bagi mereka yg bijak pandai ( mahu berfikir ).

Waalahuaalam. Semoga kita menggunakan al Quran yg di gengam di dalam tangan anda dan juga Akal fikiran utk mencari dan menggali alam ini semoga mendapat keyakinan , keimanan yg tinggi terhadap kewujudan, ke Esaan dan kebesaran , Kebijaksanaan Allah s.w.t.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...