Rabu, 30 Jun 2010
politk dan peranan anda..
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah exam kat Mesir ni rata2 semua dah habis..pelajar2 kat mesir ada yang sibuk berjalan sana dan sini, balik Malaysia, start kelas2 talaqi di masjid Azhar dan sebagainya..
kali ni saya ingin kongsikan tentang politik sikit..sebelum tu saya suka utk menerangkan yang politik adalah salah satu bahagian yang Islam pentingkan tetapi bukanlah segala2nya dalam Islam..so..saya suka kaji politik tapi saya rasa belum masa utk saya masuk politik di suasana umat Islam yang tenggelam di arus dunia..ni mungkin pendapat peribadi..anda boleh setuju dengan saya dan boleh tidak setuju dan juga boleh bincang dengan saya kalau ingin tahu lebih lanjut tentang pendapat saya ini..
politik dunia Islam hari ini hambar dengan diamnya kuasa2 umat Islam utk mempertahankan nama Islam di merata dunia..umat islam pada hari ini di tindas di, di, macam2 saya tak perlu sebut rasanya semua orang arif tentang perkara ini..yang menjadi tanda soal sampai bila umat Islam akan menjadi sebegini..?
ada yang menjawab mengatakan yang memerintah sekarang ini bukanlah orang Islam yang sebetul2nya Islam..oleh itu politiknya didirikan atas dasar memisahkan agama dari dunia dan ramai yang menjawab terdiri atas asas ini..jawapan tersebut ada betulnya..
tapi yang menjadi tanda soal kenapa mereka yang bergelar betul2 Islam tidak boleh memerintah? ada yang menjawab pilihan raya di jalankan atas dasar penipuan dan sebagainya..namun, soalan ini memerlukan pengkajian dan pemerhatian yang mendalam..saya tak berniat nak menjelaskan perkara tersebut di sini..tapi mungkin anda boleh berbincang dan bertukar pendapat dengan saya..saya alu2kan perbincangan..mungkin post2 yang seterusnya saya akan cuba menulis tentang itu walaupun ianya agak berat memerlukan pengkajian sirah Rasulullah dan sebagainya..
kali ini sekadar saya ingin kongsikan dari sudut amalinya apa yang kita boleh lakukan utk perjuangkan Islam walau kita x dapat nak menakluki pemerintahan dan menyumbang utk Islam dari sudut ketenteraan dan sebagainya..
antara yang kita boleh sumbangkan ialah..
1. tingkatkan potensi diri walau di bidang apa yang anda ceburi..saya pelik dengan sebahagian rakan saya yang tak ingin belajar tinggi2 hanya cukup sekadar peringkat diploma atau ijazah..jikalau anda mampu maka anda perlu teruskan..sebenarnya umat Islam hari ini memerlukan mereka yang berjiwa besar dan berwawasan dan bermatlamat yang tinggi..teringat kata2 seorang pejuang Hamas yang sudah Mati syahid :
الاسلام عظيم لا يحمله الا العظماء فكن من العظماء
maksudnya Islam itu agung dan tidak boleh memikulnya kecuali mereka yang agung ( berjiwa besar dan sebagainya sifat mereka yang agung ) maka jadilah kamu di kalangan mereka yang agung..
2. mendirikan Islam di dalam diri kamu nescaya akan tertegaknya Islam di negara kamu..kata2 seorang mujahid yang pemikirannya adalah jika kamu ingin mebangunkan Islam kembali kamu dahulu perlu mendirikan Islam dalam diri kamu..seterusnya orang sekeliling akan terkesan dan jika semua orang yang memahami Islam mengamalakan Islam yang betul dalam diri mereka dalam kalangan keluarga mereka nescaya Islam akan bangun suatu hari nanti..
3. menbentuk diri supaya tidak cinta dunia dan takut utk mati..dua wabak ini disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis menceritakan keadaan umat akhir zaman yang ramai akhirnya dilanda penyakit ini..
4. menghidupkan masjid di kawasan rumah anda. semua boleh menghidupkan masjid di kawasan rumahnya..kalau tak mampu utk ajak orang lain anda sendiri pergi ke Masjid pada setiap waktu utk mendirikan solat..ini kerana, zaman Rasulullah s.a.w masjid2 akan penuh dengan manusia tanda manusia mengingati Allah berbeza dengan kita hari ini..
5. menyebarkan tentang tanggungjawab umat Islam pada hari ini yang dilupakan daripada tanggungjawab manusia dengan tuhannya dan juga antara sesama muslim yang bersaudara yang menuntut seorang itu beribadat dan menyerah diri kepada Allah dan juga membantu dan menolong umat Islam yang di zalimi..
6. banyakkan berdoa.. sebab doa itu ialah senjata mukmin..
7. boikot barangan2 amerika dan israel dan meninggalkannya sama sekali..
8. menyertai mana2 kumpulan yang ingin menhidupkan Islam dan jangan berdiam diri dan seorang diri..
dan lain2 banyak lagi yang kita boleh laksanakan sebagai individu Muslim..kalau diperhatikan jikalau semua orang melaksanakan perkara2 yang di atas sebenarnya kita telah banyak membantu Islam dan muslimin di dunia..cumanya perlukan kita beramal dan melakukannya dengan seikhlas hati..selamat beramal dengan 8 perkara di atas yang saya cuba kongsikan bukan terkumpul kepada 8 tetapi banyak lagi..
dan yang pentingnya umat Islam hari ini memerlukan anda yang berjiwa besar.......
catatan : ikram
mood : lepas exam..
Amru al Ass..
khawatir imaniyyah kali ini.. saya kongsikan tentang satu hadis yang muqarrar pada saya tahun ni dam subjek Hadis tahlili..saya tak ingin menceritakan tentang semua hadis tersebut..saya cuma akan ambik beberapa point utk dikongsikan bersama..
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam muslim r.a..menceritakan tentang kepentingan haji..tapi bukan tentang kepentingan haji tu saya ingin kongsikan..tapi berkaitan dengan kematian..
Hadis ini menceritakan hujung2 kehidupan seorang sahabat yang mulia yang banyak berjasa kepada Islam iaitu Amru Ibn Al Ass..
Ketika sampai masa akhir kehidupan beliau..beliau menangis..dan begitulah para sahabat apabila tiba saat tiba kematian mereka akan menangis..tapi bukanlah kerana sedih meninggalkan dunia..Amru ibn al Ass di Tanya oleh anaknya Abdullah ibn Amru kenapa dikau menangis wahai ayah..bukankah Rasulullah telah menjanjikan syurga buatmu..
Amru ibn al Ass menjawab : aku telah melalui 3 keadaan dalam hidupku ini..
Pertama : ketika aku masih belum memeluk islam..pada masa itu aku paling benci kepada Rasulullah dan aku berharap aku dapat membunuhnya..jikalau aku mati dalam keadaan itu..maka nerakalah bagiku
Kedua : seterusnya aku diberi hidayah dan memeluk islam maka Rasulullah orang yang paling aku sayangi dan cintai..aku sangat berharap dapat mati dalam keadaan itu maka aku berharap aku salah seorang dari ahli syurga..
Ketiga : sekrang ini aku berada di beri pemerintahan di sana dan disini aku tidak tahu apakah keadaannya ketika ini..jikalau aku mati maka tanamlah aku seperti manusia yang lain..
Pengajaran..
- Amru Ibn al ass seorang sahabat yang banyak berjasa terhadapa Islam di saat2 akhir kematian beliau takut akan kematian tersebut dan api neraka Allah..
- Amru Ibn Al Ass menunjukkan contoh yang baik dalam bermuhasabah diri..
- Kita patut bersyukur jilakau masih berada dalam ketaatan dan perlulah kembali jikalau berada dalam kemaksiatan kerana mati itu dating bila2 masa sahaja..klau kita mati dalam keadaan ketaatan kepada Allah maka bergembiralah..
- Jikalau kita berada dalam ketaatan kepada Allah..bencilah utk kembali kepada keadaan dahulunya setelah Allah memberi hidayah kepada kita dan kita dapat kembali..
- Jangan sesekali cuba mencari balik zaman di mana kita berada dalam kemaksiatan kepada Allah..sedarlah Allah telah selamatkan kita dari itu..
- Saya melihat ada orang yang Allah telah selamatkan dia kemaksiatan lalu dia ingin juga kembali ke keadaan tersebut..
- Mohon ampun terhadap dosa2 lalu..
- Janganlah kita sesekali merasa aman daripada siksaan Allah s.w.t walau seketika..segeralah bertaubat dan mohon ampun..
Mungkin itu beberapa pengajaran dari hadis tadi..yang penting sama2 kita amalkan..paling kurang kita muhasabah diri kita di manakah keadaan kita sekarang ini..klau dalam kemaksiatan maka sampailah masanya utk kita kembali..
Dan janganlah sesekali mengimpikan utk kembali kepada kemaksiatan setelah Allah selamatkan kita daripadanya..
Semoga bermanfaat..
Ahad, 13 Jun 2010
Risalah Rejab
Jumaat, 11 Jun 2010
kematian satu peringatan..
Asslamualaikum dan selamat semua..
Ada sahabat saya saif tulis dekat facebook yang hari ini merupakan ulang tahun kajadian ain sukhnah. Seorang di kalangan mereka telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian itu menemui Rabbul alamin. Dan pada hujungnya dia tulis..jadikanlah kematian itu sebagai peringatan..
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut :
كفى بالموت ذكرا
Maksdunya : cukuplah kematian itu sebagai peringatan.
Hadis yang cukup2 mendidik manusia dalam hanya 3 perkataan. Kelangsungan daripada hadis tersebut seribu suatu pengajaran. Tapi adakah mereka yang ingin mengambil pengajran tersebut?
Baru2 ini saya mendengar ceramah oleh ust amru Khalid. Dia menyebut tentang kematian2 yang mudah yang kita semua berharap utk menjadi sepertinya.
Antara contoh kematian2 tersebut ialah kisah kematian sahabat aljalil Bilal ibn rabah alhabasyi. Ketika saat baginda nazak dan sudah tidak terdaya menuggu kematian. Isterinya menangis dengan penuh kesedihan atas keadaannya itu. Lalu bilal menjawab : jgn lah menangis. Tapi gembiralah dengan sepenuh hati lalu dia berkata :
غدا ألقى الأحبة محمدا وصحبه
Mksdunya : besok aku akan berjumpa dgn mereka yang aku cintai. Muhammad dan para sahabatnya.
Dan satu contoh lagi daripada kisah2 sahabat x ingat nama sahabat tersebut tapi kisahnya ketika saat2 kematian dan tgh nazak dia menangis. Lalu hadirin di sekeliling pon berkata jgnlah dikau menangis. Lalu dia menjawab : aku bukan menangis keranan sedih utk meniggalkan dunia ini. Tapi sedih kerana akan meniggalkan solat malam dan membaca al quran.
Jawapan yang amat membuat hati sesiapa sahaja yang beriman tersentak menangis dan tidak mampu di hadapannya. Dan kisah2 para2 ulama yang meniggal dalam keadaan sedang bersujud iaitu abdul hamid kisyk rahimahullah seorang khatib dan daie besar di mesir yang sentiasa memperjuangkan hak dan menjatuhkan yang batil.
Benak hati ini sentiasa tersentak dgn kisah2 kematian yg seperti ini. Terasa sangat2 jauh dengan mereka apatah lagi ingin mati seperti mereka. Dalam keadaan tenang dan damai. Perjuangan yang mengandungi seribu satu maksud yang tersirat. Semuanya d serahkan kepada Allah tanpa ada secebis daging yang memikirkan selain reda Allah s.w.t..
Semoga Allah merahmati mereka sekalian. Sebuah hadis lagi yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w seorang arab badawi bertanya bilakah berlakunya hari kiamat dan keadaan hari kiamat. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab. Janganlah bertanya tentang bila dari kiamat dan sebagainya. Tapi tanyalah dirimu apa yang kamu sediakan utk menghadapinya.
Semoga Allah mengubati hati2 yang keras ini dan mengembalikannya kepada tuhannya..aminn ya rabb..
Catat oleh ikram..
Mood : sedih..huhu..
Rasulullah..contoh khayalan atau hakiki
bismillah..alhadmulillah..wassalatu wassalamu ala rasuluillah..waala alihi wasahbihi waman walah..
Assalamualaikum dan semoga di berkati Allah sentiasa..
penulisan kali ini terhasil dari pembacaan kepada sebuah buku..qabasat haularrasul yg saya terjemahkan sebagai cetusan2 sepanjang perjalan Arrasul..di karang oleh ustaz muhammad abg kepada ust sayyid..dalam muqaddimah beliau yg panjang..beliau menyentuh tentang Rasulullah s.a.w..dan perkara yg di titikberatkan dalam penulisannya tentang rasulullah sa.w. ialah berkenan dgn peribadi baginda s.a.w yang merupakan contoh agung dari Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia..
perbincangan beliau sebenarnya agak panjang, saya hanya akan meringkaskan dan mengambil point yang rasa penting utk disampaikan..
antara point besar yg beliau sampaikan dan amat2 menyentuh hati, jiwa dan perasaan dan sebenarnya membetulkan sedikit kekeliruan dan menetapkan lagi kefahaman ialah adakah Rasulullah s.a.w itu sebagai manusia yg merupakan contoh yg agung yg manusia boleh ikuti ataupun hanayalah sebagai khayalan dalam minda manusia dan ianya amat mustahil utk mencontohi baginda s.a.w..
beliau ada menyebut dengan penuh kesedihan bahawa ramai yg menganggap Arrasul adalah hanya sekadar khayalan dan manusia x mampu utk mengikuti..
Allah s.w.t berfirman dalam surah alkahfi bahawa rasulullah s.a.w menyebut sendiri bahawa baginda adalah seorang manusia yang diberi wahyu kepadanya..perkataan manusia adalah terlalu dekat dgn diri kita selaku manusia..seolah2nya ayat itu menyebut bahawa Allah mengutuskan seorang rasul yang juga manusia di kalangan kamu..bukanlah malaikat yg kamu tidak boleh dicontohi sama sekali..dan satu lagi ayat dari surah ali imran..rasulullah s.a.w menyatakan bahawa jikalau kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah akan menyintai kamu. Ayat ini menunjukkan mengikuti rasulullah s.a.w adalah tidak mustahil kerana Rasulullah menyurh utk mengikutinya..
Oleh itu komen beliau itu sangat menarik dan seharusnya umat islam hari ini..kembali utk mencontohi nabi mereka s.a.w..bukan pada pakain..tapi pada akhlak, sirah perjalanan hidup baginda.. kerana baginda telah membawa sebuah manhaj dalam kehidupan baginda..dengan manhaj tersebut islam tertegak dan tersebar di seluruh dunia..
Maka Rasulullah s.a.w bukanlah contoh yg mustahil tapi contoh yg adil yg perlu kita ikuti dan kita contohi dalam setiap sudut kehidupan kita..
Wallahuaalam..
akhir kata..saya tinggalkan dengan sebuah nasyid lama..maulay oleh husayyan..
catatan : ikram
musim : freedom gaza and bola..
Selasa, 8 Jun 2010
putaran hidup
Khamis, 27 Mei 2010
dream with me.....
Selasa, 25 Mei 2010
selamat hari guru dan update berita..
bismillah alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah..
Isnin, 26 April 2010
Fenomena Sungai dalam Laut.
Teori Big Bang adalah salah satu bukti keagungan Al-Quran..Pada tahun 1920, di sebuah pusat pemerhatian Mount Wilson, California, seorang ahli astronomi berbangsa Amerika bernama Edwin Hubble telah membuat satu penemuan yang besar di dalam sejarah astronomi iaitu big bang.Penemuan beliau dikuatkan lagi menerusi kajian dan perbincangan-perbincangan para saintis dan ahli Astronomi seperti A.S Eddington,Sir Fred Hoyle (ahli matematik),dan George Gamov pada tahun 1948.

Untuk meringkaskannya, konklusi yang jelas yang dicapai di dalam bidang astrofizik ialah bahawa keseluruhan alam semesta, bersama-sama dengan materi dan dimensi masanya, hadir untuk wujud di masa sifar bersama dengan satu letupan besar (Big Bang). Sebelum Big Bang, di sana tidak terdapat suatu apa seperti masa. Materi, tenaga, dan masa wujud dari suatu keadaan ketiadaan di mana bukan materi atau pun tenaga atau pun masa yang wujud, peristiwa ini dapat diterangkan hanya secara metafizik. Akan tetapi, hakikat yang hebat yang ditemui oleh fizik moden ini yang baru diketahui di akhir abad ini telah pun dinyatakan kepada kita di dalam Al-Qur'an 14 abad lamanya.
"Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasan Kami, dan sesungguhnya Kami meluaskannya." Surah az-Zariyat;47.
Namun demikian keajaiban pembuktian daripada ayat2 Al-Quran tidak hanya terhenti disitu sahaja, baru-baru ini dunia dikejutkan lagi dengan penemuan sungai dibawah lautan.
Fenomena sungai dibawah lautan ini telah ditemukan oleh seorang penyelam bersama team penyelamnya.
Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut
Kekuasaan Allah sangatlah maha dahsyat, tidak ada sesuatu pun yang mustahil baginya. Berbagai fenomena alam yang terjadi merupakan salah satu bukti tanda-tanda kekuasaannya. Demikian pula halnya dengan fenomena yang ada di Cenote Angelita, Mexico. Disana, di dalam lautan terdapat sebuah sungai lengkap dengan pohon dan daun-daunan, subhanallah.
Di Cenote Angelita, bila anda menyelam sampai dengan kedalaman 30 meter, anda akan menemukan airnya bukanlah air asin, tetapi air tawar. Namun, jika anda menyelam sampai dengan kedalaman 60 meter, maka airnya kembali menjadi asin dan di dasarnya anda akan menemukan sungai yang mengalir lengkap dengan pohon dan daun-daunan.
Fenomena berpisahnya air tawar dan air laut bukanlah sebuah hal mustahil bagi Allah, sebagaimana telah dijelaskannya di dalam Al-Qur’an surat Ar-Rahman yang bermaksud:
" Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu "
surat Ar-Rahman


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan membawa dirinya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia tetap tidak dapt menemukan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian dia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi :

ditemukan mutiara.
Khamis, 22 April 2010
Pasti Dtang Yang Lebih Baik Disebalik Kelewatan-Nya

Kita semua umumnya pernah mengalami. Memohon pada Allah dengan sepenuh hati, khusyu,agar Allah memberikan sesuatu yang kita inginkan.Meminta dengan penuh harap kepada Allah untuk mengabulkan permintaan yang kita anggap itulah kenyataan yang paling baik.Berharap pada Allah agar memberikan kita sebuah nikmat yang dalam pandangan kita,nikmat itulah yang paling tepat untuk kita. tapi...ternyata permintaaan itu tak kunjung dikabulkan.
Munggkin banyak di antara kita yang yang mengalami keadaan seperti itu. Mengeluh, kecewa,putus asa, frust, dan sebagainya. padahal,pernahkah kita berfikir,sejauh mana kebenaran asumsi kita bahawa penundaan pemberian Allah itu adalah suatu bencana?atau, pernahkah kita merenungkan,mungkin penundaan itu justru karunia yang justru harus kita syukuri?apakah pengabulan doa dan harapan itu selalu bermakna kemuliaan dari Allah?atau apakah pemberian langsung Allah kepada kita itu justru sebuah bencana?kita tidak pernah tahu rahasia semua itu.
Menganggap bahwa pemberian itu bukti kemuliaan dan penundaan pemberian itu keburukan,merupakan sikap yang disinggung dalam firman Allah yang tertera di atas..manusia yang diceritakan dalam firman Allah itu, menganggap kesenangan identik dengan kemuliaan dari Allah. sebaliknya pengurangan rezeki itu identik dengan penghinaan dari Allah.
Pemberian dan penundaan nikmat merupakan masalah yang paling penting dan amat berpengaruh dalam kehidupan seseorang. sayangnya, seperti firman Allah tersebut,banyak orang yang keliru memahami masalah itu. Dan oleh karena itu Al Quran meluruskannya. Seringkali Allah menanguhkan pemberian dunia pada makhluk yang dicintaiNya,sementara Dia mencurahkan segala macam kesenangan dunia kepada makhluk yang paling didurhakai-NYa. karena itu,pemberian duniawi dari Allah bukan tanda kemuliaan,dan penundaan pemberian bukan tanda kehinaan.

Ibnu Athailah berkata,"Jika Allah menahan pemberianNya padamu.maka pahamilah bahwa itu adalah suatu karamah (kemuliaan) untukmu selama kau pertahankan keislamamn dan keimananmu,hingga segenap apa yang dilakukan Allah kepadamu menjadi karunia pula kepadamu" Ia kemudian melanjutkan,"Cukuplah sebagai balasan Allah atas ketaatanmu, jika Dia ridho kepadamu karena engkau menjadi orang yang taat kepadaNya. Cukuplah sebagai balasan atas orang2 yang beramal,Allah bukakan hatinya untuk menjalankan ketaatannya, dan apa saja yang diberikan pada mereka berupa kesenangan terhadapNya".
Isnin, 19 April 2010
AHLI PERSANA DI PERLEMBAHAN NIL
Persahabatan yang sejati,membuahkan kasih sayang yang abadi.Ukhwah yang dipupuk akhirnya membawa kami ke perlembahan nil ini.Kadangkala rindu xterhingga terhadap keluarga,sahabat-sahabat,dan sekolah tercinta iaitu SMIM secara ringkasnya.
Buat tatapan sahabat sahabiah semua,biarpun jauh di perantauan,namun jauh di sudut hati kami,ukhwah kalian tetap di hati.Buktinya,pada hari ini,ruangan blog PERSANA telah menyatukan hati-hati kita menerusi ruangan chatbox yang disediakan.Jaringan maya ini mengembalikan kenangan kita bersama biarpun tanpa bersua muka.Alhamdulillah kami di sini sentiasa berjuang meskipun mehnah dan tribulasi yang menghalang kadangkala membuatkan hati kami futhur di pertengahan jalan.Namun dengan semangat dan kalam taujihat sahabat dan guru-guru,sedikit sebanyak membangkitkan semula kekuatan yang ada.
Bumi anbia'ini juga, merupakan madrasah untuk mentarbiah jiwa-jiwa kami agar sentiasa sabar dan tsabat dalam meneruskan perjuangan menegakkan keizzahan Islam menerusi mata pena ataupun perkongsian ilmu dengan kalian semua di bumi Malaysia.
Selautan kesyukuran kami panjatkan buat PENCIPTA KASIH SAYANG,kerana dengan kehebatanNYA mengatur langkah setiap makhluk ciptaanNYA,kita semua bertebaran mengutip tinta-tinta ilmu di segenap pelusuk bumi ALLAH ini.Berbekalkan ilmu yang kita miliki,sedikit sebanyak menyatukan fikrah kita dalam merealisasikan ALUMNI PERSANA07 dan hingga ke saat ini,kita masih boleh berhubung meskipun berlainan masa dan tempat.
Buat akhirnya,doakan kami di sini agar terus tsabat menuntut ilmu di ardhil kinanah yang sentiasa menguji setiap jiwa hamba-hambanya.Kejayaan kami adalah kejayan guru-guru yang banyak mendidik,sahabat-sahabat yang turut membantu,dan keluarga yang sentiasa bersama menaikkan semangat yang kadangkala hampir luntur di pertengahan medan menuntut ilmu.Kejayaan buat kalian juga kami pohon agar kita dapat bersama berdiri sama tinggi mengaplikasikan ilmu yang kita miliki.
UKHWAH YANG SEJATI,
MELAHIRKAN KESATUAN YANG ABADI,
BIARPUN KITA SENTIASA DIUJI,
KASIH SAYANG YANG KITA TAUTKAN,
AKAN KEKAL SELAMANYA SEBAGAI BUKTI KITA PERNAH DIASUH,
DALAM SATU SUASANA DAN TEMPAT YANG SAMA,
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL MASRIYAH TETAP DI HATI,
SEBAGAI INSTITUSI YANG MENYATUKAN HATI-HATI KAMI,
HINGGALAH KE HARI INI....
SALAM SAYANG DARI KAMI DI BUMI MESIR..^_^
Isnin, 8 Mac 2010
kem lepas tension 2007..
alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas baginda Muhammad s.a.w.
kali ini saya ingin mengenang kembali sebuah kem yang pernah di lalui bersama ahli2 persana yg saya namakan kem lepas tension..huhu..
ceritanya bermula...
pada suatu hari setelah kepenatan belajar dan gelak ketawa..huhu..timbul idea utk ahli2 persana pergi melancong ( bukan melencong erk ) ke mana2 selepas tamat exam STAM..rancangan tersebut pun dibawa ke peringkat nasional iaitu di kalangan para ahli..dan seterusnya di peringkat guru kokurikulum ( mak angkat saudara naim )..hehe..akhirnya selepas bincang punya bincang..bincang punya bincang..cadangan tersebut diterima dan bermulalah episod baru dalam kalangan ahli persana..
semua seolah2 memaksa pepriksaan STAM tamat cepat supaya boleh pergi ke kem tersebut..yang merancakkan lagi kem tersebut saudara Mustafa yang amat susah utk pergi ke kem2 selain ibadah turut ingin turut serta..lepas tension pnye pasal..( tok guru pon tension gak..
ada meeting yg membincangkan tentang aktiviti sekitar 3 hari 2 malam sepanjang tempoh percutian tersebut..agak cantik aktiviti itu disusun rapi..
akhirnya tiba hari bertolak ke destinasi..ahli2 persana semua digalakkan memakai baju rasmi PERSANA. walaupun agak ketat bagi saya..tapi saya pakai juga sebab merasai bangga menjadi ahli persana..
perjalanan di iring oleh teacher Aliza..seorang guru yang sentiasa mementingkan kebajikan anak2 muridnya..kredit to you teacher..
sesampai ke destenasi semua chek inn di shalee ( betul ke aku eja nih..klau x batulkan )lelaki satu dan perempuan bersama teacher satu rumah..aktiviti pertama selepas penat berjalan selama lebih kurang 3 jam campur sesat lagi ialah memasak..cadangan awalnya ialah wanita2 PERSANA dikehendaki menyediakan bahan dan lelakinya memasak..dan seterusnya rotate le setiap kali masak..seingat saya lauk pertama yang berjaya di masak oleh saudara Muhammad ialah ayam goreng masak merah..boleh tahan la sedapnya sebab saya masak sekali..hehe..
seterusnya lepas makan aktiviti seterusnya ialah bebas..ada yang tidur dan ada yang mandi manda..dan begitulah..rupanaya memang kem lepas tension memang sesuai digunakan sebab tiada aktiviti yang berjaya selain masak bersama dan makan..yang lain semua bebas..huhuhu..pada malam hari pertama kalau x silap saya ada barbe Q..arang dibeli oleh saya beberapa orang ahli dan juga teacher dari bandar berdekatan..antara menunya kerang, ayam x masak, daging burger beku, dan sosej sedap dan tentulah sos cili blander..
ustaz Hanif, Ustaz Amiluddin, dan Ustazah Aminaliza hadir pada malam tersebut bagi menikmati makanan yang dihidangkan..seronok rasanya boleh masak untuk guru guru..dan bagitulah aktiviti pada malam tersebut penuh dengan makanan yang yanag terlalu banyak yang memang menjadi favorite saya..ehehe..
program ditersukan lagi..seperti baias aktiviti bebas..pada malam terakhir bermulalah sesi melepas tension..hehhe..bukanlah..sesi luah tensoin...setiap orang dikehendaki bercakap dihadapan ramai dalam keadaan lampu tertutup dan menceritakan apa2lah yang nak diceritax kira suka atau duka banyak yang diceritakan..tapi saya pun x ingat sangat perkongsian pada malam tu..yang ingatnya ada la jugak yang menghembuskan air mata..apa-apa pon ok..i like my stail..huhu..
saya akui pengalaman sepanjang 3 hari 2 malam tersebut memang meninggalkan benyak kenangan bersama2 ahli persana yang lainnya dan seterusnya merapatkan ukhuwah sesama..
mungkin tu ja pos saya kali ni..sangat mengalu2kan komen anda terhadap pos ni..mungkin ada benda yang saya x ingat boleh diperingtkan kembali..
utk ahli2 PERSANA walau dimana anda berada good luck..semoga berjaya...
Rabu, 20 Januari 2010
الكون المنظور والكون المقروء ( alam yg dilihat dan alam yg dibaca )
Selasa, 19 Januari 2010
Al Azhar dan manhajnya yg muutadil.
Rabu, 18 November 2009
berita tergempar..10 zulhijjah..

urgen sila baca....
Tiada hari yang Allah mencintai amalan daripada hambanya daripada hari-hari 10 zulhijjah..puasa sehari padanya di kira sebagai puasa setahun..bertahajud semalam pahalanya sama seperti beribahda pada malam lailatul Qadar..diampunkan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang...kita terlalu memerlukan hari2 yg mcm ni ikhwah sekalian..ayuh kita perbanyakkan amal saleh padanya x kira apa jua amalannya walaupun senyum du wajah sahabat kita..semoga hati2 kita semakin dekat dengan Allah yang maha esa..begitu juga bulan zulhijjah ini ialah penutup kerana bukan muharram dibawa buku catitan amalan baru bagi kita..semoga Allah mengampuni dosa2 kita yang telah lalu dan yang akan datang..siapa yang tidak sempat utk mengaut pahala Ramadan maka masih ada peluang disini..ini merupakan kasih sayang Allah kepada hamba2nya..badiru ya ikhwani..
syiaruna...:
Rabu, 7 Oktober 2009
hamba-hamba Allah..
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين .أما بعد
Pada entri kali ini saya ingin menyeru kepada semua sahabat-sahabat sekalian supaya kita merenung kembali ataupun muhasabah diri kita di hadapan Allah s.w.t yang maha Agung lagi maha Kuasa bacalah kata-kata Omar bin Khatab r.a ini :
حاسبوا قبل أن تحاسبوا .
Segala nikmat yang diberikan kepada kita sejak kita dilahirkan sampailah sekarang adakah kita betul-betul gunakannya untuk kita memperhambakan diri kita kepada Allah.
sahabatku yang dikasihi Allah sekalian, sesungguhnya Allah s.w.t mengutuskan kita di atas muka bumi ini hanyalah untuk kita beribadah kepadanya untuk kita perhambakan diri kita kepadanya. Adakah kita sekarang ini boleh sekalipun digelar hamba kepada Allah ? adakah benar seluruh hidup, mati, ibadah kita hanyalah kepada Allah s.w.t sehinggakan kita boleh digelar sebagai hamba kepadanya ataupun segala amalan kita mempunyai tujuan-tujuan lain dan hanya beribadah sekadar melepaskan batuk di tangga ?
Pada zaman jahiliyyah umat manusia menyembah berhala dan selain daripada Allah
firman Allah s.w.t :
اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون االله
dan dalam fikiran mereka hanyalah terdapat wang ringgit, wanita, dan takhta sehingga sanggup buat apa sahaja untuk meraihnya. Ada juga yang memperhambakan diri mereka kepada jin dan syaitan untuk meraih kekuatan
firman Allah s.w.t :
كانوا يعبدون الجن أكثرهم به مؤمنون
. Apa bezanya kita pada zaman ini ? umat islam kini sudah mula tujuan kehidupan mereka asalnya. walaupun mereka menunaikan solat, puasa, zakat dan lainnya daripada syariat-syariat tetapi kehidupan mereka hanya diperhambakan kepada dunia bukan kepada Allah memperhambakan diri mereka kepada manusia untuk dipuji dan disanjung yang Allah sifatkan solat mereka dan ibadah mereka hanyalah dilaksanakan dalam keadaan lalai dan menunjuk-nunjuk
firman Allah s.w.t :
فويل للمصللين الذين هم فى صلاتهم ساهون الذين هم يراؤون .
umat islam pada hari ini hanya sibuk untuk mencari wang ringgit, mengejar pangkat dan lain-lainnya seolah-olah wang ringgit itulah tuhannya, seolah-olah pangkat itulah tempat kembalinya. Adakah Allah telah menjadikan selain dari Allah tuhan-tuhan untuk disembah ?
firman Allah s.w.t :
أجعلنا من دون الرحمن الهة يعبدون .
Ingatlah wahai sahab-sahabku sekalian, kita akan kembali kepada Allah suatu hari nanti dengan membawa amalan-amalan kita di hadapan Allah, bukanlah Allah akan melihat perselisihan pendapat kita, khilaf-khilaf yang berlaku antara kita, harta-harta yang kita kumpul, pengikut-pengikut yang kita seru kerana pada hari tersebut semuanya akan datang mengadap dalam keadaan seoarang diri dan tiada yang menemaninya selain amalan yang baik atau buruk
firman Allah s.w.t :
وكلهم اتيه يوم القيامة فردا
. Pada hari tersebut tiada lagi guna walau harta dan anak-anak kita kecuali amalan, hati yang ikhlas selama ini beribadah dan menyerah segala kehidupannya kepada Allah
firman Allah s.w.t :
يوم لا ينفع مال ولا بنون الا من أتى الله بقلب سليم .
wahai sahabt-sahabat yang dikasihi sekalian marilah sama-sama kita didik diri kita supaya dunia ini hanyalah menjadi tempat untuk kita mengutip hasil untuk diri kita ke akhirat nanti. Apa-apa jua yang membawa kita kepada syurga Allah perlu didahulukan daripada ganjara-ganjaran duniawi. Semaikanlah diri dengan sifat taqwa
firman Allah s.w.t :
يا أيها الذين امنوا اتقوا الله حق تقاته,
wara' ,zuhud terhadap dunia dan seisinya
firman Allah s.w.t :
انما الحيوة الدنيا لهو ولعب وان الأخرة لهى الحيوان
, berhati-hati dalam berkata-kata kerana sentiasa sedar malaikat sentiasa menulis kiri dan kanan
firman Allah s.w.t :
ما يلفظ من قول الا لديه رقيب عتيد
. Carilah imu sebanyak yang mungkin kerana ianya membawa kita takut kepada Allah,menegenali Allah, takut akan seksanya dan mengharapkan syurganya
firman Allah s.w.t :
انما يخشى الله من عباده العلماء
dan juga sabda Rasulullah s.a.w
من سلك طريقا يلتمس فيها علما سهل الله له طريقا الى الجنة.
wallahuaalam..
arraqaiq..
Isnin, 28 September 2009
RAMADAN BERLALU PERGI
syukur kehadrat ilahi kerana masih dipanjangkan usia dapat bertemu dengan ramadan pada kali ini..dapat merasakan nikmat berada di bulan Ramadan yang semestinya tidak terdapat didalam bulan-bulan yang lain..bersyukur juga kepada Allah kerana menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang sedar akan nikmat Ramadan dan berlumba-lumba untuk mengejarnya..Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang Ya Allah..
namun pemergian Ramadan bukanlah berarti berhentilah amal ibdah kita sepanjang bulan Ramadan..teringat kata-kata seorang ulama yang amat menyentuh hati ini .. ( jikalau engkau beribadah utk Ramadan makan Ramadan berlalu pergi dan jikalau engkau beribadah kepada Allah maka Allah s.w.t sentiasa kekal selama-lamanya..oleh yang demikan nasihat utk diri ini dan para sahabat sekalian marilah kita menjadi hamba kepada Allah s.w.t bukan kepada Ramadan..ingatlah Allah s.w.t sentiasa ada di mana-mana pun jua dan di bila-bila masa..
Ramadan dikatakan sebagai madrasah utk mendidik jiwa dan hawa nafsu kita menghadapi baki 11 bulan yang mendatang..oleh itu sesiapa yang keluar dari bulan Ramadan dan tidak dapat ditarbiyah oleh madarasah ini dan tidak mengambil faedah daripadanya maka rugilah dan menyesallah mereka itu..oleh itu, apa-apa sahaja amalan dalam bulan Ramadan perlu diteruskan dalam bulan-bulan yang seterusnya kerana ianya bukti kita telah mendapat tarbiyah daripada bulan ini..
amalan-amalan yang saya maksudkan ialah bukan sahaja solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya tetapi juga akhlak-akhlak dan sifat yang Ramadan mengajar kita dan mendidik kita..umapamanya sifat sabar menahan lapar dan dahaga begitu jugak sabar dalam setiap dugaan dan cabaran hidup..sifat ikhlas yang dipupuk dalam bulan Ramadan apabila kita berpuasa di ajar supaya niat kita menhan dahaga dan lapar hanyalah ikhlas kepada Allah. Oleh yang demikian seluruh kehidupan, kematian, ibadah dan segala-galanya hanyalah utk Allah s.w.t..dan tidak lupa juga ketaqwaan kepada Allah yang diajar oleh Ramadan kepada kita melalui puasa dengan kita melaksakan puasa yang merupakan perintah dan meninggalkan makan, minum, syahwat kerana Allah merupakan taqwa kepada Allah kerana definisi taqwa seperti yang ditafsirkan dengan mengikut perintah dan meninggalkan larangan..begitu juga apabila kita telah meninggalkan Ramadan seluruh kehidupan kita adalah melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalakn apa yang dilarang oleh Allah s.w.t..
semoga kehidupan kita dalam 11 bulan yang mendatang ini di isi dengan amalan-amalan yang ditarbiyah oleh bulan Raamadan yang penuh berkat dan rahmat ini..
waalauallam..
..ar-raqaiq...
Sabtu, 26 September 2009
Bolehkah Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
eid mubarak
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
” kau , dah hari ker berapa dah?”
“aku dah 5 hari dah ni”
“esok aku raya (sunat syawal)”
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ’sapa lebih hebat?’.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
p/s (1): walaupun ia kelihatan seperti satu permasalahan yang ringan,tapi awas! di sebaliknya tersimpan satu makna tersirat yang sangat besar,bahkan boleh mendatangkan bahaya bagi mereka yang melakukannya.
p/s (2) : cukup besar balasan Allah bagi mereka yg tidak dapat melangsaikan hutang sesama manusia,bayangkan pula balasan bagi mereka yang berhutang ibadah dengan Allah.pasti lebih besar balasannya.
p/s (3) : Wahai wanita2 di luar sana (including me) terutamanya,lakukan puasa qdha' [wajib]dahulu kemdian baru yang sunat.
p/s (4) : mengapa perlu menangguh-nangguhkan puasa qadha',terkadang ada yang sampai nak masuk ramadhaan tahun depan,masih juga belum selesai mengqadhakan puasa yang tahun lepas,adalah lebih afdhal dan lebih baik kita melangsaikan hutang ibadah kita dengan Allah secepat yang mungkin.
Oleh : Zaharuddi Abdurrahman
Post by : Asma Fatimah fajar
Date : 27/9/2009
Time : 6.30 p.m
Ahad, 20 September 2009
Sunnah Eid Mubarrak
‘Eidul Fitri merupakan satu peristiwa yang membawa makna satu makna yang berlainan bagi setiap individu.Baik kerana makanan yang enak-enak,berhelai-helai baju raya baru,balik kampung,duit raya dan sebagainya.Semua contoh yang diberikan merupakan perkara biasa yang berlegar di fikiran masyarakat secara umumnya.Namun barangkali berapa ramai di antara kita yang memikirkan ianya juga merupakan salah satu ibadah dalam mencontohi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam merayakan ‘Eidul Fitri?
Islam tidak mengongkong umatnya bergembira malah membolehkan umatnya untuk mengungkapkan perasaan bahagia dan bersenang-senang pada hari ‘Eidul Fitri tersebut.Cuma apa yang disedihkan ialah kemeriahan ingin menyambut ‘Eidul Fitri kadang kala mengatasi kegembiraan orang-orang alim menyambut 10 malam terakhir Ramadhan. Lampu-lampu minyak dan lampu warna-warni menerangi 10 malam terakhir Ramadhan merupakan satu adat yang kadang kala dianggap seolah-olah seperti syariat bagi sesetengah pihak. Perkara ini amat berbeza sekali dengan iman-iman umat Islam dahulu kala yang sangat sedih melihat berlalunya bulan Ramadhan yang Mubarak ini.
Tetapi masyarakat kini,apabila tiba minggu-minggu terakhir Ramadhan, surau-surau dan masjid-masjid semakin lama semakin kurang isinya kerana masyarakat lebih sibuk bersiap-sedia menyambut kedatangan ‘Eidul Fitri.Inilah hakikat,maka tidak hairanlah bagi sesetengah pihak yang menyambut sakan kedatangan ‘Eidul Fitri saban tahun memakan biaya yang besar.
Wahai kaum muslimin dan muslimat, ‘Eidul Fitri adalah sama seperti amalan atau ritual-ritual agama yang lain,prosesnya tidak terlepas dari aturan syariat yang mana ianya harus ditentukan seperti mana keinginan syariat dalam menghayati kedatangannya.Apabila kita memahami makna sambutan ‘Eidul Fitri seperti mana kehendak syariat maka tentu banyak adat-adat yang dibiasakan saban tahun dapat dikurangkan kerana ‘Eidul Fitri bukanlah seharusnya dirayakan dengan baju raya yang baru,dengan duit raya yang tebal, menyiapkan makanan yang enak-enak, mahupun dengan ziarah-menziarahi yang hanya dilakukan setahun sekali.Ini kerana dengan mengetahui bimbingan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam beridul Fitri maka kita tidak perlu berbelanja besar dan semuanya akan terasa lebih mudah dan sempurna.
Sebelum kita mengambil kira adakah langsir rumah tahun ini harus diganti dengan yang baru dan sebagainya Berikut ini disertakan sedikit penjelasan tentang bimbingan syariat dalam beridul Fitri berdasarkan hadith sahih dari baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam yang mana sunnah-sunnah ini seharusnya diberikan lebih prioriti.
Ada apa dengan Eid?
Ibnu Taimiyyah berkata: “Eid adalah sebutan untuk sesuatu yang selalu terulang berupa perkumpulan yang bersifat massal, baik tahunan, mingguan atau bulanan.”(Dinukil dari Fathul Majid hal. 289 tahqiq Al-Furayyan)
Daripada definisi di atas dapat kita fahami bahawa Eid merupakan satu perayaan yang berulang saban tahun.Semestinya ketibaan Eid dinanti-nantikan baik tua maupun yang muda.
Dari Anas bin Malik ia berkata: Rasulullah datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai 2 hari (raya) yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata: “Apa (yang kalian lakukan) dengan 2 hari itu?” Mereka menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik dari keduanya, yaitu ‘Eidul Adha dan ‘Eidul Fitri.”
(Hadith Sahih, HR. Abu Dawud no. 1004)
Hadith di atas jelas menunjukkan perayaan ‘Eidul Fitri ini suatu hari yang penuh kebaikan.Ianya merupakan salah satu gantian kepada hari-hari kegembiraan zaman jahiliyyah.Maka tidaklah wajar jika kita menyambut kegembiraan selain dari kedua hari yang disebut dalam hadith di atas kerana kegembiraan menyambut hari yang disyariatkan merupakan satu ibadah dan ternyata bahawa ibadah itu bersifat tetap.
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:-
“Tidak mengapa menampakkan kegembiraan dan kebahagiaan pada hari-hari ‘Ied seperti ‘Eidul Fitri atau ‘Eidul Adha selama dalam batas-batas syar’i. Di antaranya seseorang makan dan minum atau yang semisalnya”(Majmu’ Fatawa Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, juz 16 bab Shalatul ‘Iedain)
Sunnah Sepanjang 'Eid
Tidak saya nafikan banyak sunnah yang boleh kita contohi sepanjang hari Eid tersebut,tetapi ingin saya fokuskan kepada beberapa sunnah sahaja kerana ada antaranya layak dikategorikan sebagai sunnah yang ditinggalkan. Maka menjadi kewajiban kita untuk menghidupkan semula hari-hari kegembiraan dalam Islam ini dengan meneladani contoh tauladan yang terbaik tidak lain tidak bukan contoh ikutan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
Keluarga dalam masyarakat rata-ratanya lebih banyak memupuk atucara mereka sendiri sepanjang hari Eid seperti menangkap foto,menunggu giliran mendapat duit raya, menonton siaran televisyen dan sebagainya. Maka perkara sebegini harusnya diubah dengan mengajar generasi muda untuk lebih mengenali dan mencontohi nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam menyambut kegembiraan,antara sunnah baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam yang jarang (berdasarkan pengamatan saya) dipraktikkan dengan ilmu bahawa ianya merupakan satu
sunnah sepanjang hari Eid ialah:-
عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Dari Malik dari Nafi’, ia berkata bahwa Abdullah bin Umar dahulu mandi pada hari Idul Fitri sebelum pergi ke mushalla (lapangan).” (Sahih, Hadith Riwayat Malik dalam Al-Muwaththa` dan Al-Imam Asy-Syafi’i dari jalannya dalam Al-Umm)
ii) Memakai wangi-wangian
عَنْ مُوْسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ نَافِعٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ يَغْتَسِلُ وَيَتَطَيَّبُ يَوْمَ الْفِطْرِ
“Dari Musa bin ‘Uqbah, dari Nafi’ bahwa Ibnu ‘Umar mandi dan memakai wangi-wangian di hari ‘Eidul fitri.”(Riwayat Al-Firyabi dan Abdurrazzaq)
Al-Baghawi berkata: “Disunnahkan untuk mandi di hari Id. Diriwayatkan dari Ali bahwa beliau mandi di hari Eid, demikian pula yang sejenis itu dari Ibnu Umar dan Salamah bin Akwa’ dan agar memakai pakaian yang paling bagus yang dia dapati serta agar memakai wangi-wangian.” (Syarhus Sunnah, 4/303)
iii) Memakai pakaian yang bagus
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوْقِ فَأَخَذَهَا فَأَتَى بِهَا رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيْدِ وَالْوُفُوْدِ. فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ
Dari Abdullah bin Umar bahwa Umar mengambil sebuah jubah dari sutera yang dijual di pasar maka dia bawa kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, lalu Umar radhiallahu 'anhu berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun berkata: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan dapat bagian (di akhirat)….”(Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitabul Jum’ah Bab Fil ‘Idain wat Tajammul fihi dan Muslim Kitab Libas Waz Zinah)
Ibnu Rajab berkata: “Hadits ini menunjukkan disyariatkannya berhias untuk hari raya dan bahwa ini perkara yang biasa di antara mereka.” (Fathul Bari)
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ. وَقَالَ مُرَجَّأُ بْنُ رَجَاءٍ: حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللهِ قَالَ:
Dari Anas bin Malik ia berkata: Adalah Rasulullah tidak keluar di hari fitri sebelum beliau makan beberapa kurma. Murajja‘ bin Raja‘ berkata: Abdullah berkata kepadaku, ia mengatakan bahwa Anas berkata kepadanya: “Nabi memakannya dalam jumlah ganjil.” (Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitab Al-’Idain Bab Al-Akl Yaumal ‘Idain Qablal Khuruj)
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلاَةَ، فَإِذَا قَضَى الصَّلاَةَ؛ قَطَعَ التَّكْبِيْرَ
“Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam keluar di Hari Raya Idul Fitri lalu beliau bertakbir sampai datang ke tempat shalat dan sampai selesai shalat. Apabila telah selesai shalat
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيْقَ
Dari Jabir, ia berkata: “ Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam apabila di hari Id, beliau mengambil jalan yang berbeda.”(Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitab Al-’Idain Bab Man Khalafa Thariq
Inilah serba sedikit sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang dapat kita contohi dan teladani. Sesetengah daripada perkara ini mungkin diangap lumrah dan remeh bagi sesetengah pihak,cuma adalah lebih molek jika perkara yang kita amalkan itu berdiri di atas ilmu yang sahih sekaligus mendapat keberkatan dari Allah S.W.T kerana niat ikhlas kita untuk mencontohi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam perbuatan harian tersebut.Perkara yang dianggap kecil ini kadang kala perlu dititik beratkan semoga tidak dipandang remeh tetapi dipandang dari sudut yang lebih positif iaitu sebagai satu ibadah yang mengajar kita nilai ikhlas dan ittiba’ (mencontohi perbuatan nabi).
Mandi ’sunat’ Eid,makan sebelum ke tempat solat,memakai wangi-wangian semuanya boleh diparaktikan dengan mudah insyaAllah.Cuma dalam kategori memakai pakaian yang bagus perlulah kita sedar bahawa memakai pakaian yang bagus tidaklah semestinya ia adalah memakai pakaian yang baru atau mahal.Pernyataan saya ini bukan melarang ’adat’ Melayu dalam berbaju baru sewaktu Eid,cuma lebih baik jika kita berjimat dan berhati-hati dalam berbelanja supaya baju raya yang kita pamerkan itu tidak termasuk dalam kategori pembaziran.
Adapun antara sunnah yang jarang dilihat dipraktikan di Malaysia ialah bertakbir menuju tempat solat Eid,adakah kerana kita menaiki kereta dan motor menjadi alasan utama untuk mematikan sunnah yang hampir pupus ini?
Perlu juga kita memahami perbuatan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam itu tidak lain hanya penuh dengan keberkatan dan kesempurnaan. Dalil di atas merupakan dalil disyariatkannya bertakbir, amalan kaum muslimin yaitu bertakbir dengan keras selama perjalanan menuju tempat solat jarang kita lihat barangkali kerana kurangnya pengetahuan masyarakat tentang sunnah ini kerana masyarakat dididik dengan pengamatan bahawa ’sunnah ’ bertakbir hanya layak di masjid atau surau sahaja,dan ianya perlu dilakukan secara jamai’.Inilah pola fikir yang perlu kita ubah supaya sunnah yang sahih ini kelak tidak hanya menjadi sejarah atau mereka yang melakukannya dianggap menyimpang dari amalan masyarakat yang sentiasa dianggap betul. Berkenaan dengan kepulangan dari solat Eid dengan jalan lain bukanlah supaya kita menambah putaran tayar kereta,tetapi hikmahnya berdasarkan para ulama ialah supaya kita lebih banyak bertemu sesama muslimin untuk memberi salam dan menumbuhkan rasa cinta.Inilah yang Imam Ibn Rajab nukilkan dalam kitab beliau Fathul Bari dan hujah yang sama termuat dalam Zadul Ma’ad.
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ
“Semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kamu.
